FRONT PAGE

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2010 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

 

Laman Utama

Sept 2010 - Sosilawati : Kerana Sakitnya Penjenayah.

Aidil Fitri yang jatuh pada 10 September 2010 baru-baru ini menjadi suatu sejarah kerana pada minggu yang sama kita digemparkan dengan peristiwa kehilangan dan pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Suatu hal yang jarang-jarang berlaku di negara kita kerana pada minggu tersebut hampir semua akhbar tempatan, khususnya yang berbahasa Melayu habis dijual dan tidak cukup untuk memenuhi permintaan pembaca yang terpanggil untuk mengetahui perkembangan terkini kes tersebut.

Pada hari ini (16 September, ketika rakyat Malaysia sedang menyambut Hari Malaysia) pula kita dimaklumkan oleh media (berita TV) bahawa suspek yang disyaki telah merancang untuk  melaksanakan pembunuhan itu dalam tempoh seminggu sebelum kejadian. Beberapa kenyataan dikeluarkan sehari sebelumnya supaya tiada kenyataan berkepentingan politik dibuat berkaitan peristiwa tersebut, tiada pihak yang cuba menjadikan ianya suatu isu perkauman, dan semua mengharapkan suatu penyiasatan adil dilakukan bagi merungkai kes tersebut.

Ada juga berita dan diskusi yang cuba melihat trend ke arah perlakuan keganasan yang semakin meningkat. Ada yang melihat ianya sebagai kes yang jarang-jarang berlaku. Ada yang cuba mengingatkan perstiwa-peristiwa serupa yang berlaku sebelumnya seperti kes Mona Fendy, pembunuhan Canny Eng, peristiwa pembunuhan Altantuya dan sebagainya.

Persoalan yang boleh diajukan juga ialah, apakah faktor lain yang boleh membawa kepada kejadian membunuh itu selain daripada faktor wang dan hartanah?. Tidakkah mereka yang tergamak melakukannya mempunyai suatu ciri simptom tertentu atau suatu penyakit, seperti bangsa Serbia yang suatu waktu dulu ingin membunuh dan menghapuskan etnik yang lain daripadanya. Ada mereka yang turut sama ingin merebut wang dan hartanah tetapi tidak sanggup sampai membunuh.

Jika kita melihat secara keseluruhan, seperti mana-mana sistem perubatan yang melihat penyakit dari sudut keseluruhan, minda-jiwa-roh-tubuh adalah saling berkaitan. Justeru tidakkah mungkin peningkatan kadar jenayah dan keganasan melampau ini berpunca daripada suatu penyakit yang semakin menjadi-jadi dalam masyarakat kita. Alopati sudah pasti tidak bersetuju kerana mereka melihat penyakit itu secara terpisah (fizikal lain dan saling berasingan, mental lain, roh apatah lagi). Tetapi bagi mereka yang melihat masalah ini dalam bentuk kesatuan, mungkin dapat ditemukan suatu formula bagi mengurangkannya, sama ada ia perlu kepada rawatan secara individu maupun secara berkumpulan.

Melihat perkara ni dari sudut homeopati itu sendiri, sebagai contoh, kita dapat temui dalam Repertori Dr. J.T. Kent berkaitan kecenderungan mereka yang ingin membunuh ini. Umpamanya, kalau dilihat pada rubrik "Desire to KILL" sahaja, kita dimaklumkan kepada simptom mental pesakit atau penjenayah itu. 

Dan bagi rubrik itu, remedi yang tersenarai yang mempunyai simptom keinginan membunuh itu, kita dapati:

KILL, desire to : Agar., anac., ars-i., ars., bell., calc., camph., chin., cupr., cur., hep., Hyos., iod., lach., lyss., merc., nux-v., op., petr., phos., plat., sec., stram., thea.

Dan diperincikan simptom-simptom bagi penawar berkaitan seperti: barber wants to kill his customer : Ars., hep. ;   desire to kill the person that contradicts her : Merc.   ;   fear that she may (See Fear)   ;   rest, during : Iod. ;   sight of a knife : Plat.   ;    of knife or a gun : Alum.  ;   something urges her to, her husband, of whom she is very fond : Merc., nux-v., plat.   ;   sudden impulse to : Ars-i., ars., hep., iod., kali-ar., nux-v., plat., thea.   ;   impulse to, herself : Nat-s., thuj.    ;    for a slight offense : Hep., merc., nux-v.   ;   throw child into fire : Lyss., nux-v., thea.

KILL, thought he ought to kill somebody   ;   thought he ought to kill somebody : Camph.   ;   threatens to : Hep., tarent.   ;   walking in open air, while : Camph.

MURDER, desire to (See Kill)

Ini merupakan suatu contoh simptom-simptom mental penawar yang bersifat ganas yang terdapat dalam sistem perubatan homeopati. Simptom-simptom mental cukup banyak dicatat dalam ujibukti (proving) penawar-penawar homeopati. Tidakkah ini memberi kedudukan istimewa kepada homeopati dalam membantu menyelesaikan beberapa perkara, dan tidakkah baik jika kita memberi homeopati suatu kedudukan yang lebih baik daripada apa yang diberikan selama ini (dianggap tradisional, seperti sistem perubatan lain yang bergantung lebih banyak kepada cuba jaya - dalam penggunaan ubat-ubat mereka).

Apapun, ini hanyalah cetusan rasa - justeru homeopati mempunyai kaedahnya sendiri dalam membuat ujian. Ia amat saintifik pada pandangan pengikut homeopati. Ia dipandang serong oleh perubatan konvensional, sebagaimana homeopati pun tidak dapat menerima sejauh mana saintifiknya kaedah ujian di makmal atau ujian ke atas haiwan untuk kegunaan manusia. Semua penawar homeopati mesti diuji ke atas manusia yang sihat sebelum ianya digunakan dalam rawatan.

Mohamed Hatta, HMD - 16 Sept 2010

 

HBI HEALTH & HOMEOPATHY CENTRE

2010 version