LAMAN UTAMA PAGE

  
 

 

 

 

FRONT PAGE

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2011 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

   

 

  CUTI RAYA CINA GONG XI FA CAI

Sempena CHiNESE NEW YEAR

Feb 2- 6 2011  KOTA BHARU, KELANTAN

   
           
Setelah agak lama tidak kembali ke Kota Bharu, kami sekeluarga telah menongkah arus ke utara sempena cuti Tahun Baru Cina. Pada hari pertama cuti kami ke Restoran Wau, mencuba buat kali pertama menu terbaru restoran baru di KB. Pada hari khamis, iaitu 3 hb Februari, kami singgah membeli nasi bungkus tempat tersohor di Kota Bharu.
 

Bersama dr. Abu Hassan 2009..

     

Sekarang sudah terdapat tidak kurang daripada 4 tempat di Kota Bharu yang menjual Nasi Sumateri. Kami memilih Kedai Nasi Sumatera di Lorong Gajah Mati. Di situlah sekali lagi kami terserempak dengan Juri Pilih Kasih, antara rancangan Top TV2 kendalian Rosyam Nor. Di mana ramai pelakon-pelakon baru diuji bakat mereka.

 

  Juri yang kami maksudkan itu ialah Dr. Abu Hassan Hasbullah atau dikenali juga Dr. Abu Hassan Hayastani. Agak banyak juga yang kami bicarakan termasuk mengenai Pilih Kasih dan filem yang bakal beliau terbitkan.        
                       
          Pada hari Ahad 6 Februari pula, saya sempat ke rumah wakil parlimen Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Ini adalah kerana hubungan keluarga, dan beliau sedang mengadakan  khenduri menyambut menantu bagi anaknya yang ketiga.      
                       
  .       

Bersama Cikgu Rahim

  Memang 4 hari bercuti kali ini penuh dengan lawatan-lawatan penting kerana sudah lama konsultan HBI tidak pulang ke kampung. Tetapi yang lain-lain itu adalah urusan keluarga biasa.      
             
            Yang menarik kali ini ialah. Cuti masa balik kampung tak ada jem. Tapi bila kembali ke Kuala Lumpur pada hari Ahad, masya Allah. Tak jangka ya. Jem panjang dari Temerloh ke Genting Highland.  
                       
    Kami rasa ramai yang kepenatan untuk bekerja pada hari Isnin berikutnya kerana teruknya traffic jam kali ini. Walaupun kami sekeluarga bertolak jam 8 pagi melalui Kuantan, tetapi kami sampai di K.L dan kemudian ke Banting jam 11 malam.  
 
                       
                       
                       
                       

homeolibrary version - web consultant 2011