On one of my trips back to KL, I accidently ‘kidnapped’ my mother’s IKEA Friends card and brought it back with me to Penang.. >__< As my mom wanted to use the card so I have no choice but to send the card back to her. So, I decided to use our very own postal service aka Pos Ekspres. With the tagline ‘Dijamin Sampai Esok’ (Guaranteed To Arrive The Next Day) I’m sure my mom will get back her card in time for her trip to IKEA. I was dead wrong. After 1 week sending out the express pack, my mom told me she haven’t received the package. I’ve called Pos Malaysia and lodged a complaint (IMS 213109). The very next day I received a call from their staff in Butterworth Post Office saying that the package was not in their system. Meaning that the package never existed. WTH!?! I screw (politely and professionally) that guy over the phone saying that I personally drop the package into the box INSIDE Butterworth Post Office. At one point I did challenge him to go through their so-called CCTV system (hhmm.. do they have one in the 1st place!??! lol). <http://www.baynn.com/2009/01/pos-ekspres-dijamin-sampai-esok-not/>
Pos Ekspres yang tak laju?
PADA hari Jumaat
9 Julai yang lalu saya telah menggunakan perkhidmatan Pos Ekspres untuk
menghantar dokumen kepada anak saya yang belajar di Johor Bahru. Seperti
mana yang diketahui umum, perkhidmatan Pos Ekspres dijamin sampai pada
keesokan harinya sekiranya kita memasukkan dokumen ke dalam peti kuning
sebelum pukul 3 petang. Dukacitanya ketika anak saya menghubungi saya pada
hari Rabu 14 Julai, beliau memaklumkan belum menerima dokumen yang saya
kirimkan itu. Saya pun menghubungi talian Posline 1300 300 300 dan memberi
nombor rujukan dokumen iaitu LE10 589 265 6MY dan LE10 179 973 5MY.
Petugas Posline memaklumkan bahawa dokumen tersebut telah sampai di pusat
Mel Pos Johor Bahru pada hari Sabtu 10 Julai. Saya pun menghubungi pihak
sekolah sama ada telah menerima dokumen yang saya kirimkan itu, tetapi
malangnya jawab pihak sekolah mereka tidak ada menerimanya. Persoalannya
di sini, sekiranya benar khidmat Pos Ekspres dijamin sampai pada keesokan
harinya, mengapa apabila sampai di pusat mel pos tidak dihantar terus ke
alamat penerima. Sebagai pengguna saya kesal dan kini ragu-ragu untuk
menggunakan khidmat Pos Ekspres memandangkan dokumen yang dihantar amat
diperlukan oleh anak saya untuk peperiksaan di sekolahnya. Sekiranya tidak
boleh sampai pada keesokan harinya, tidak perlulah dinyatakan pada sampul
atau kotak Pos Ekspres itu kerana ia seolah-olah mempermainkan pengguna.
Saya berharap pihak Pos Malaysia dapat memperbaiki sistem penyampaian dan
perkhidmatan yang dijanjikan kepada masyarakat. Tidak guna pemimpin kita
terutamanya Perdana Menteri melaung-laungkan peningkatan kecekapan
perkhidmatan sekiranya masih terdapat lagi kepincangan dalam sektor-sektor
tertentu. Harap sesuatu dapat dilakukan. -
Surat ekspres sampai ke longkang
ADIK saya telah membuat penghantaran dokumen penting menggunakan Pos Express (No Pendaftaran LX51 178 073 4MY) dari Pejabat Pos Bandar Baru Muadzam ke Parit, Perak pada 10.03.2009. Selepas satu minggu surat berkenaan masih belum sampai ke destinasi. Pada 21.03.2009, saya telah mendapat panggilan dari seorang penduduk kampung menyatakan telah menjumpai surat tersebut di dalam longkang di pekan Tanjung Blanja dalam keadaan basah. Apabila ayah saya pergi ke Pejabat Pos Parit pada hari yang sama untuk mendapatkan penjelasan, beliau diberitahu kejadian tersebut adalah akibat kelakuan anak-anak kampung yang mengambil surat tersebut dari peti pos rumah saya. Setelah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi, ayah saya dimaklumkan bahawa posmen yang ditugaskan menghantar surat pada jangka waktu tersebut telah bertukar tempat kerja. Begitu remeh sekali jawapan yang diberikan sedangkan sebelum itu seorang posmen yang turut berada di situ beria-ia menyalahkan kanak-kanak di kampung berkenaan. Malangnya kejadian ini bukan kali pertama berlaku. Sebulan sebelum itu surat adik saya yang dihantar melalui pos laju turut mengambil masa yang lama sebelum sampai ke destinasi. ARKIB : 01/04/2009 Utusan Malaysia.
Kekurangan Pos sudah dikenal pasti
Saudara Pengarang,
SUKACITA saya merujuk kepada aduan daripada Setia Menanti Surat,
Triang, Pahang yang tersiar di ruangan Forum, Utusan Malaysia
12 Mei 2005. Bagi pihak Pos Malaysia Berhad, saya merasa dukacita
dan turut bersimpati di atas masalah yang dihadapi oleh pengadu
dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana memaklumkan perkara ini
kepada kami. Untuk makluman pengadu, Pos Malaysia Berhad telah
melantik dua pengusaha mengendalikan pejabat pos mini,
masing-masing di Pos Mini Purun dan Pos Mini Bandar 32. Kami
mengesahkan kedua-dua pejabat pos mini tersebut beroperasi seperti
biasa sepanjang bulan April sehingga ke hari ini. Untuk makluman
juga, posmen serahan yang ditempatkan di Pejabat Pos Mini Purun
membuat serahan mel bagi kawasan tersebut meliputi tiga kawasan
iaitu Felda Purun, Felda Kepayang dan Felda Mayam. Sistem serahan
yang digunakan pula adalah secara berselang di dua kawasan serahan
Felda pada hari yang sama dan satu lagi adalah pada keesokan
harinya. Walau bagaimanapun, surat-surat penting seperti pos laju,
pos ekspres atau surat berdaftar bagi ketiga-tiga Felda ini akan
diserahkan pada hari yang sama. Pos Malaysia Berhad sudahpun
mengenal pasti kekurangan-kekurangan yang berkaitan dan sedang
mengambil langkah-langkah yang perlu dalam meningkatkan lagi mutu
perkhidmatannya. Pelanggan Pos Malaysia Berhad boleh menghubungi
kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan di talian Pos Line
1-300-300-300. - ABDUL RAZAK HAJI
SAMSUDIN, Pengurus Negeri, Pos Malaysia, Pahang. -
ARKIB : 25/05/2005 Utusan Malaysia

