 |
LAMAN KONSULTAN HBI
DRHATTA.COM 2008-9-10-11
THE
BEST
MALAYSIA
VIRTUAL
HOMEOPATH
;; MHCL
WEBSITE
www.homeolibrary.com
- consultant
SINCE 2001
Komen anda
tentang website ini, emelkan ke:
drhatta3@yahoo.com.
Hubungi segera:
013-980 2991
"Promoting
Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of
homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
 |
KULIAH 1
PENGENALAN
-
Manusia yang hidup berhadapan dengan
dua kemungkinan, iaitu hidup ataupun mati. Jika mati, tamatlah
hubungannya dengan sebarang urusan di dunia ini. Tetapi jika hidup,
dia pasti akan berada sama ada dalam keadaan sihat atau sakit. Dua
keadaan ini saling silih berganti. Hal ini telahpun bermula sejak
manusia pertama diturunkan, Nabi Allah Adam a.s.
-
Sihat dan sakit merupakan dua alam
yang mesti dilalui manusia dalam hidupnya. Seorangpun tidak
terkecuali, walaupun dia itu seorang doktor. Kerana itu, seseorang
yang bertindak sebagai seorang doktor atau pakar perubatan tidak
boleh menjamin dirinya bebas dari sebarang penyakit. Ejekan yang
kerap kedengaran dari orang ramai adalah justeru mereka tidak
menyelami erti manusia yang harus tunduk kepada dua keadaan di atas.
-
Kalau diberi pilihan, tentulah
manusia itu ingin memilih alam sihat sahaja. Tetapi malangnya,
manusia tidak diberi pilihan. Oleh sebab itu, seorang ahli
antropologi/sosiologi pernah menulis:
|
|
“Seseorang itu dilahirkan dengan memiliki dua kerakyatan, yakni di
alam sihat dan di alam sakit. Walaupun kita lebih gemar untuk
menggunakan pasport alam sihat, lambat-laun kita mahu tidak mahu,
mungkin untuk waktu yang singkat menjadi rakyat alam sakit.” |
|
-
Manusia amat takut kepada sakit dan
penyakit, kerana seseorang yang sakit atau diserang penyakit tidak
akan dapat menjalani hidup dengan sempurna. Banyak kerja-kerja dan
ketenangannya terganggu. Sementara bagi manusia lain, mereka juga
turut merasa terganggu. Bukan sahaja mereka takut menerima jangkitan
penyakit yang dibawa oleh seseorang, malah mereka mungkin terpaksa
memikul tanggungjawab yang baru, seperti menjaga orang sakit atau
mengambil alih tugas harian si pesakit.
-
Dalam kajian sejarah, tidak siapa
berani menafikan bahawa kehadiran penyakit hampir sama usianya
dengan kewujudan manusia. Contohnya, hasil kajian terhadap tulang
mendapati masyarakat silam menghadapi ancaman berbagai-bagai jenis
penyakit seperti sifilis, batuk kering dan artritis (radang sendi).
Bukti-bukti ini dikatakan sebagai lesi patologi yang tertua dan
paling luas penyebarannya hingga ke hari ini.
-
Selain daripada itu, pakar
antropologi berjaya membuktikan beberapa kemungkinan tentang
perkembangan dan penyebaran penyakit berjangkit. Di antara penyakit
berjangkit yang mungkin menyerang manusia di masa silam termasuk
antraks (anthrax). Penyakit-penyakit yang berpunca daripada
apa yang digelar virus dan bakteria dikatakan muncul sesuai dengan
perkembangan tamadun manusia. Ia juga merebak disebabkan beberapa
faktor seperti amalan perpindahan masyarakat manusia dari satu
tempat ke satu tempat, kepadatan penduduk, bentuk bekalan air,
makanan dan kekerapan pertembungan antara masyarakat.
Rujukan:
1. Nota Kuliah Sijil Asas Perubatan Homeopati (HBI)
2. Hasim Awang. (1990) Pengantar
Antropologi Perubatan.
3. Dr. Burhanuddin al-Helmy. (1998)
Falsafah Perubatan Homeopati.
- Kuliah drhatta.com. |
|