LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

MARZUKI ALI DI PAMERAN BUKU

28 April 2011 (Khamis)

Jika anda ke Pameran  Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, anda akan dapati banyak acara diusahakan oleh pihak penganjur dengan kerjasama badan-badan penerbitan, universiti dan pembekal-pembekal buku bagi menarik pengunjung yang berpusu-pusu ke PWTC. Usaha ini tetap dilakukan biarpun suasana bisnes waktu ini agak suram.

Di antara acara dan tarikan itu ialah usaha penerbit buku-buku universiti membawa penulis dan karyawan untuk bertemu-bual, bersoal-jawab dan bercerita kepada pelawat. Pada 28 April (Khamis), kalau ada sesiapa singgah di suatu sudut yang mempamerkan antologi Khazanah Rimbun, kiranya kebetulan dengan waktunya dia akan bertemu dengan saudara Marzuki Ali, seorang penyair tersohor dari Terengganu sedang ditemubual, juga sedang menjawab soalan-soalan daripada para pelawat.

   
         
Atas: Saudara (Prof) Marzuki Ali ketika menjawab soalan-soalan bersama juruacara program.     Atas: Seorang anak kecil (pelajar) sedang mendeklamasikan puisi di dalam Khazanah Rimbun dan diperhatikan oleh sdr Marzuki.

Sdr Marzuki Ali merupakan seorang yang banyak menghasilkan karya atau penulisan. Tulisannya meliputi pelbagai bidang termasuk cerpen, drama, puisi dan kritikan budaya. Antara majalah dan akhbar yang kerap menyiarkan hasil tulisannya ialah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Mingguan Malaysia dan Berita Minggu. Beliau juga pernah menghasilkan antologi puisi persendirian seperti Mentera, Puisi Duyung Puisi Rakyat, Jeritan Sataw Luka, Naban, Bungkau Rimba Hutan Tropika dan Sape Lamanta. Ada juga beberapa antologi beliau yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sewaktu kami singgah di sudut acara, kami dapati beliau sedang sibuk melayan soalan-soalan daripada peminat. Sempat juga kami saksikan seorang pelajar sekolah mendeklamasikan salah sebuah puisi beliau yang dimuatkan di dalam antoloji Khazanah Rimba.

Sdr Marzuki mempunyai pandangan sendiri mengenai satu-satu isu. Contohnya, Berita Kampus USM memuatkan pandangan beliau mengenai isu karya sastera  Abdullah Hussain, Interlok.

Kata beliau, tiada istilah di dalam novel itu yang boleh menyakiti hati sesiapa. Perkara yang menjadi kemarahan sebahagian kaum India ialah jalan ceritanya yang tidak relevan. Itu saja, dan beliau mengaitkan istilah pariah dengan istilah yang terdapat di dalam buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang menggunakan perkataan keling.

“Dalam buku Sulalatus Salatin, perkataan keling ini merujuk kepada ‘benua keling’ yang bermaksud benua orang India. Perkataan keling ini diperkenalkan oleh orang putih dan ia merujuk kepada orang yang berkulit gelap. Jadi, mengapa marah jika di dalam novel ini hanya menggunakan dua perkataan sahaja yang merujuk kepada kasta kaum itu.”

Beliau juga dipetik sebagai berkata, “Saya seorang penulis. Penulis ada hak terhadap bukunya iaitu dengan menggunakan Hak Cipta Terpelihara. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya meminda walaupun satu ayat. Hak cipta penulis perlu dihormati seperti undang-undang,”

Demikian pendapat sdr Marzuki Ali yang bertugas sebagai seorang Ahli Cipta di Pusat Pengajian Seni USM.

Saya rasa adalah satu kerugian sekiranya mereka (khususnya peminat sastera) yang hadir di Pameran Buku berkenaan tidak mengambil kesempatan ke Sudut Penulis/Pengkarya bersama sdr Marzuki. Apabila diajak berbual, beliau dengan senang dan redha melayan sesiapa saja, termasuk saya sendiri yang memperkenalkan diri dan berhasrat untuk memasukkan pertemuan ini ke dalam laman drhatta.com. Jelas sekali betapa peramahnya anak jati Terengganu ini dalam melayan para tamu majlis.

Antara sajaknya, saya kutip sebahagian untuk menceriakan ruangan ini, dengan izin:

KALAU SAMPAI WAKTUNYA BERLARA

kata orang seperti tempat mandi

tak mungkin lewat dingin pagi

begitu pandai taulan sepermainan

seperti ingin kembali ke zaman silam

 

            + kalau ada rasa

            dapat kembali merasakan

            kaulah itu kenangan

            yang tak berubah

            dan tua!

 

         
 

Sekian.

.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

MCA Dan Obesiti

Marzuki Ali

Sambutan Hari Guru

Hari Guru (Pre)

Obesiti lagi

Manual Cinta Eman Manan

Obesiti Melayu Baru

ABCs of Repertorization

Learn To Live

Kepimpinan Tak Perlu Ditukar

1M Peduli Sekolah Kebangsaan

Seminar Roger Van Zandvoort CUCMS

Kris Dayanti Hamil?

Rebecca Black

Laman baru konsultan HBI

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 19 April. 2011