![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
OBESITI LAGI... |
|
|
27 April 2011 (Rabu/Wednesday) |
||
|
|
Tidak cukup dengan dua kali keluaran laman drhatta.com dan Kosmo membicarakan berkaitan isu obesiti, Berita harian pada 26 April menambah-rancakkan lagi isu pemakanan dan obesiti. Kali ini disenaraikan 15 jenis makanan yang dikatakan dilarang dijual di sekolah kerana dikaitkan dengan masalah kesihatan, termasuk obesiti.
Antara makanan yang disenaraikan itu termasuk makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget; teh dan kopi; mi segera, gula-gula dan coklat; konfeksi ais dan aiskrim; makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan; juga minuman berkarbonat dan jajan. Senarai makanan itu dikategorikan sebagai antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan. Kita pasti
akan lihat dari segi pelaksanaannya. Apakah larangan tersebut bakal dipatuhi,
atau diabaikan kerana keuntungan, ekonomi, tiada penguatkuasaan peraturan
atau sudah menjadi kebiasaan. Yang mana akhirnya larangan tinggal sebagai
larangan sahaja. Paling tidak kita ingin lihat sejauh mana nasi lemak yang
dikatakan salah satu punca obesiti boleh dipinggirkan sehingga dihadkan
jualannya kepada 2 kali sahaja seminggu di kantin sekolah. Juga dipetik kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sebelum ini dikatakan mengumumkan sebagai..., peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti. Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah. Selain itu, kajian yang sama menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer. Justeru, drhatta.com menyarankan: selain larangan terhadap jenis-jenis makanan yang disenaraikan (yang semestinya dikawal sama ada oleh sekolah, ibu bapa & individu itu sendiri), kesedaran tentang kepentingan amalan aktiviti fizikal harian harus ditingkatkan. Anak-anak juga harus digalakkan supaya tidak menumpukan sebahagian besar masa kepada tv, komputer dan video game semata-mata. Mereka juga harus diajar tentang puasa, tidak mengambil makanan ringan atau sampingan terlalu kerap, maupun makan sampai betul-betul kenyang. Pendeknya semua individu harus kembali mengamalkan sunnah. Makan untuk sihat dan bekalan tenaga. Tidak makan sehingga memboyot, walaupun percuma. ...lih. artikel awal obesiti pada 24 April. ------------------------------------------------------ OBESITI LAGI 25 April 2011 (Isnin/Monday) ewaktu saya membawa isu obesiti di laman ini semalam, rupanya muka depan KOSMO juga membicarakan mengenai obesiti di bahagian muka depan akhbarnya. Tetapi yang panasnya ialah obesiti di kalangan murid dikatakan berpunca daripada nasi lemak, selain disebabkan oleh anak-anak sentiasa terdorong menikmati makanan segera dan tidak berkhasiat yang mempunyai tahap kolesterol dan kalori tinggi. Disebutkan juga bahawa Pakar Perunding Makanan Persatuan Pakar Diet Makanan Malaysia, Indra Balaratnam menyatakan, sikap ibu bapa tidak memandang berat amalan pemakanan yang sihat itu sendiri yang memberi kesan buruk kepada proses pembesaran anak-anak mereka. Dipetik oleh Kosmo, beliau berkata, "Lebih memburukkan, ibu bapa sendiri tidak mengamalkan tabiat pemakanan seimbang di rumah dan ini mempengaruhi anak-anak mereka," Justeru beliau berkata, ibu bapa sepatutnya prihatin mengenai pemakanan kanak-kanak sama seperti mereka mengambil berat terhadap pencapaian akademik. Sebelum kami kemaskini, sekali lagi kami ingin anda merujuk artikel kami semalam berkaitan obesiti dan bandingkan logiknya. akan diupdate kemudian... - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Hari Guru (Pre) Obesiti lagi |
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 19 April. 2011