PLKN PELAJAR LEPASAN SPM MASUK SESI KEDUA?
Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun 2011 sedang giat dijalankan pada
waktu ini. Sebahagian besar program PLKN bagi pelajar sesi petama
telah tamat. Sesi kedua PLKN bagi lepasan SPM 2010 akan bermula
tidak lama lagi. Umpamanya di Kem PLKN Paya Indah, sesi kedua akan
bermula pada 15 April 2011.
Sewaktu kami mengunjungi Kem yang lengkap ini, kami dapati ia bukan saja mengendalikan urusan PLKN pelajar lepasan SPM, tetapi turut menerima tempahan daripada pihak-pihak lain bagi mengadakan program-program tertentu atau disewakan tapaknya.
Kebetulan pada hari rombongan kami ke Paya Indah, Kem tersebut sedang disewakan kepada Kolej MARA Banting yang menjalankan program Perkhemahan SISPA dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam. Mereka berada di sana selama 3 hari bermula hari Jumaat 8 April hingga 10 April.
Di dalam progran berkenaan, pelajar mengikuti program menyelamat (semasa kecemasan seperti semasa kebakaran), rawatan kecemasan, night walk, absailing, kawat dan latihan ketahanan diri.
Kami dapati program berkenaan sangat baik dan sesuai untuk didedahkan kepada pelajar-pelajar pra universiti seperti Kolej MARA Banting yang mngambil pelajar-pelajar Skim Pelajar Cemerlang yang bakal dihantar ke luar negara.
Kami juga dimaklumkan pengambilan pelajar lepasan SPM untuk mengikuti kursus PLKN seterusnya ialah pada 5 hb April 2011. Biasanya seramai 500 orang pelajar akan diambil untuk mengikuti program berkaitan selama 3 bulan.
Lebih berita. Sila klik untuk ke blog yang lain. .
drhatta.com