![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
Rebecca Black dan lagu kontroversi "Friday" Diancam |
|
|
21 April 2011 |
||
|
'People didn't like the song, didn't like the music video,
they thought it was really cheesy. But that was the whole point, to create
something that was really simple but something that sticks in people's head.
To have people say 'I hate this song, but I'm still singing it.'
|
Lagu Rebecca Black yang ke udara menerusi rakaman video mungkin telah menyebabkan ramai orang merasa tidak selesa. Akibatnya sekarang polis mengesahkan bahawa hidup beliau kini mungkin berada dalam ancaman. Dalam laporan pada 20 April 2011, "Police Investigating Rebecca Black Death Threats', pada asasnya ancaman itu meminta beliau mengeluarkan video muziknya dari internet atau mereka akan membunuhnya. Demikian kata Sgt. Rick Martinez, di mana ancaman itu dibuat menerusi telefon dan juga e-mel..
Justeru wikipedia menyatakan di dalam lamannya bahawa kejayaan Rebecca boleh dikatakan berpunca daripada kritikan negatif dan penggunaan media sosial. Media sosial yang dimaksudkan ialah twitter, facebook dan Tumblr yang mampu menghasilkan sensasi pantas, "overnight sensations". Lagu "Friday" yang ditulis dan dihasilkan oleh Clarence Jey dan Patrice Wilson, diterbitkan sebagai lagu baru Rebecca Black (pada usia 13 tahun) pada March, 2011. Video musik lagu itu dikatakan menjadi hit disebabkan oleh kritikan terhadap lirik lagunya, penggunaan auto-tune ke atas vokal penyanyi dan juga kandungan dalam video. Pada 11 Mac 2011, bilangan tontonan dalam Youtube mencecah 1,000 penonton. Tetapi pada 19 April, 2011, video berkenaan telah mencapai 110 juta tontonan. Daripadanya, diterima 2.37 juta komen, 296 000 "likes" and 2.219 juta "dislikes". Sejak peningkatan populariti lagu dan video itu juga, pelbagai parody videos dan remix dihasilkan. Seperti biasa, apabila seorang seperti Rebecca Black mendapat kemasyhuran segera, memanglah lumrah ramai yang mengkritik dan merasa iri. Keadaan itu pernah membuat Rebecca menangis untuk seketika, sehingga ibunya Kelly menjadi marah dan merasa dukacita, terutama terhadap komen seperti "I hope you go cut [yourself] and die" dan "I hope you cut yourself, and I hope you'll get an eating disorder so you'll look pretty". Namun di sebalik kritikan pedas yang dilontar oleh pihak-pihak tertentu, selebriti muzik pop seperti Chris Brown, Miley Cyrus, and Simon Cowell telah memberi sokongan terhadap Rebecca Black. Malahan Lady Gaga (meskipun lagu 'Friday' nanyian Rebecca telah mengalahkan lagu-lagu Lady Gaga dan Justin Bieber sendiri) sendiri mempertahankan usaha dan kejayaan penyanyi remaja belasan tahun itu. Kerana itu, apabila beliau ditanya sama ada penyanyi remaja dan lagu yang dinyanyikan itu bagus atau buruk, Lady Gaga menyatakan ianya "fantastik" dan kemudian melepaskan perkataan yang sesuai terhadap kritikan jahat oleh mereka yang iri hati. Katanya, "Rebecca adalah seorang genius dan sesiapa yang mengatakan beliau itu 'cheesy' adalah sebenarnya 'full of sh*t'."
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Rebecca_Black 2. http://en.wikipedia.org/wiki/Friday_(Rebecca_Black_song) 3. http://mashable.com/2011/03/23/lady-gaga-rebecca-black/ 4 http://www.thehothits.com/news/23354/police-investigating-rebecca-black-death-threats
- Admin.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Hari Guru (Pre) |
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 21 April. 2011