LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Sejarah Penggunaan Herba

Tulisan: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

© HBI Health & Homeopathy Centre.

"Kuliah setiap 3-4 minggu."

3 Mei 2011

SIRI 2

 

ZAMAN PURBA - HERBA DI MESIR

Antara kejayaan-kejayaan awal dalam perubatan herba boleh dilihat dalam sejarah Mesir purba. Di antara penemuan sejarah menyebut bahawa  sekolah bagi pakar herba secara rasmi telah wujud di Mesir seawal 3000 B.C. (sebelum Masehi).

Ramuan-ramuan mengenai preskripsi perubatan yang digunakan oleh para pawang di Mesir boleh ditemui dalam papyri perubatan (medical papyri) yang disusun antara tahun 1500 hingga 1000 sebelum Masehi. Ebers Papyrus yang ditulis sekitar tahun 1500 sebelum Masehi mengandungi 876 preskripsi yang terkandung di dalamnya 500 bahan yang pelbagai. (Ebers Papyrus ini ditemui pada tahun 1862 - lih. nota 2)

Ramuan-ramuan ini diambil daripada tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan buah-buahan di mana di antaranya ada yang mengandungi khasiat-khasiat perubatan yang diakui oleh perubatan herba moden. Diceritakan bahawa ramai pengasas sekolah perubatan Greek belajar daripada pakar herba dari Mesir (Egypt). Malahan Hippocrates sendiripun mengetahui mengenai 250 herba kerana berguru doktor Mesir. (Daripada Greek inilah pula, maka ilmu herba itu diterima oleh orang-orang Arab Islam yang kemudian mengembangkannya. - lih. nota 2)

Daripada preskripsi-preskripsi yang dicatat di dalam "Ebers papyrus", ada disebutkan Allium sativum (bawang putih) sebagai agen efektif terhadap pelbagai gangguan termasuk sakit kepala, cacing dan masalah jantung dan sirkulasi. Mereka juga ada menggunakan Colchicum autumnale (autumn crocus) dalam merawat sakit gout atau artritis. 

 
Allium sativum (bawang putih)   Colchicum autumnale (autumn crocus)

Rujukan:

1. Mohamed Hatta Abu Bakar. 2000. Penawar homeopati Pilihan. Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

2. http://www.complemed.co.uk/herbalmedicine/index.htm

 

 
 

SIRI 1

16 April 2011

 

 

BERMULANYA PENGGUNAAN HERBA

Hubungan herba dengan manusia dikatakan bermula sejak awal kehidupan manusia. Keperluan pertama tentulah bagi memenuhi kebutuhan manusia dari segi makan minum.

Namun penggunaan herba sebagai satu rawatan juga bermula sejak manusia hidup di zaman primitif lagi. Berdasarkan pengalaman cuba-cuba jaya, mereka dapat mengenali yang mana satu tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan, yang mana baik untuk penyakit, dan tumbuhan mana yang boleh membawa kesan racun dan kematian.

Berdasarkan lukisan-lukisan herba yang terdapat di peranchis, tumbuhan-tumbuhan itu dikatakan telah digunakan sejak zaman pra sejarah. Berasaskan lukisan itu sahaja, boleh dikatakan kewujudannya di antara 13,000 - 25,000 (SM) sebelum Masehi.

Bagaimanapun berdasarkan rekod bertulis, pengajian herba dikatakan bermula sejak tamadun Sumeria iaitu kira-kira 5,000 tahun yang lalu.

 

 

Rujukan:

1. Mohamed Hatta Abu Bakar. 2000. Penawar homeopati Pilihan. Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

2. http://www.herbgardeningguru.com/history-lesson.html (view on 19 April 2011)

- Tulisan drhatta.com.

"An herb is the friend of physicians and the praise of cooks." - Charlemagne

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 19 April. 2011