Pada 23 April 2011, buat pertama kalinya Fakulti Traditional & Complementary Medicine, CUCMS di Cyberjaya menjemput Dr. Roger Van Zandvoort memberi seminar di universiti pertama di Malaysia yang menawarkan kursus Bachelor of Homeopathy. Kursus yang telahpun diluluskan oleh MQA dan pengiktirafan diberikan oleh kerajaan sebagai standard seperti mana-mana kursus yang ditawarkan di universiti, khususnya berkaitan dengan perubatan.

Dalam kesibukan hari minggu ini konsultan kami sempat menghadiri kuliah pengenalan oleh Dr. Roger Van Zandvoort yang bermula kira-kira jam 9.20 pagi, atas jemputan Dr. Suriyakhatun Othman. Kuliah dan seminar yang berkisar di sekitar tajuk "The ABCs of Repertorization" merupakan seminar yang julung-julung kali di adakan di Malaysia dan telah dihadiri oleh kesemua pelajar Tahun Satu Homeopati CUCMS dan para pengamal serta peminat homeopati sehingga hampir memenuhi Dewan Kuliah.