![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
LAMAN BARU DRHATTA.COM |
|
|
20 April 2011 |
||
|
|
Mulai hari ini, kami lancarkan rupa baru website drhatta.com. Seperti yang kita maklum, dalam dunia yang begitu pantas berubah, kita juga harus bersedia untuk berubah. Meskipun kita bukan pakar dalam penghasilan laman web, dan sekadar menghasilkan web berinformasi, kita tetap harus juga merubah rupa diri mengikut kadar kemampuan dan ilmu yang ada pada kita. Perubahan ini dilakukan justeru kapi yakin apa yang dihidangkan sebelum ini masih kekurangan. Dengan rupa baru ini kami merancang untuk menghidangkan lebih banyak lagi maklumat kepada pengguna. Kami memahami sangat bahawa laman-laman yang berada di tangga teratas adalah kerana mereka memberikan apa yang dikehendaki oleh pelayar. Sementara apa yang disajikan itu pula sentiasa dikemaskini supaya pelayar dapat menerima maklumat terkini setiap masa. Makklumat yang tidak kemaskini atau beritanya basi atau sama saja setiap bulan tentulah menjemukan dan menyebabkan pelayar berpindah ke laman lain yang lebih menarik. Apa yang harus para pengamal homeopati atau penghasil laman web homeopati semua sedar ialah kita tidak boleh terlalu khusyu' dalam ilmu yang hanya sesama kita sahaja yang faham. Jika kita bersikap terlalu spesifik seperti itu, laman kita hanya dapat dibanggakan untuk sesama kita sahaja. Kita pun seolah-olah menutup pintu kita daripada dikunjungi oleh tamu-tamu lain. Justeru kami di drhatta.com berhasrat mengambil perspektif yang berbeza (memangpun kami berbeza sejak drhatta.com atau homeolibrary.com dilancarkan) berbanding laman-laman homeopati lain. Kali ini, kami berusaha untuk melangkah lebih jauh. Kami benar-benar berhasrat menyediakan suatu laman yang pelbagai rencam dan mengandungi informasi atau berita-berita yang bermanfaat untuk semua pengguna atau pelayar. Ini juga seperti dakwah. Dakwah bukan sekadar untuk diberikan di kalangan kita yang sedia tahu. Tetapi lebih utama, ialah terhadap mereka yang baru ingin kenal dan sedang meninjau-ninjau. Untuk tujuan itu, kami berharap dapat menerima saranan, pandangan maupun artikel-artikel daripada siapa saja. Namun semua itu kami pohon supaya dihantar ke e-mel drhatta3@yahoo.com sahaja. Bahan itu juga akan diedit terlebih dahulu (jika perlu) sebelum disiarkan. - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
|
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 19 April. 2011