|
|

Para pelajar di
sebuah gerai pameran buku dan mendapati di dalamnya ada buku
terbaru HBI.

Ini dia buku yang ditemui,
Pengantar Falsafah perubatan Homeopati. Sebuah buku karya
Dr. Burhanuddin, Tokoh perjuangan bangsa dan agama.

Cikgu Kadir
Dewa menunjukkan rasa gembira menerima naskhah buku
Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati -
"Suatu buku yang baik untuk rakyat Malaysia. Apa lagi bila
ia memuatkan karya Dr. Burhanuddin al-Helmy." Beliau
juga memakai mufler Palestin sebagai menunjukkan sokongan
kepada perjuangan Palestine.
|
|
Sejak
terbitnya buku Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati,
beberapa naskhah telah dihantar ke Majlis Perubatan
Homeopathy Malaysia (MPHM), para pengedar HBI, pembekal buku
seluruh Malaysia iaitu Mawaddah Books Sdn Bhd. berpengkalan
di Seremban dan dibawa juga ke pameran pelajar Kolej MARA
Banting. Pameran pelbagai gerai itu berlaku pada 22 Mac 2011
dan hanya sebuah gerai jualan buku-buku dibuka.
Sebaik sahaja para
pelajar melawat gerai itu, mereka terserempak dengan buku
terbitan HBI yang dibawa sendiri oleh penulis. Seperti waktu
kehadiran penulis di ofis MPHM, mereka semua girang dan
seronok melihat dan membaca secara scanning buku
homeopati yang baru ditatap.
 |
 |
|
Mereka semua gembira
menerima buku terbaru susunan penulis HBI, Mohamed Hatta
Abu Bakar, HMD. |
Buku ini
dipasarkan pada harga RM22.00. Para pembekal boleh
membelinya dengan diskaun sehingga 45% jika dibuat urusan
secara tunai dan dibeli dalam kuantiti tidak kurang daripada
40 naskhah. Suatu tawaran pembukaan yang hebat untuk semua
pengedar. Sementara bagi pembekal yang mengambilnya secara
consignment, diskaun tidak lebih daripada 30% sahaja
diberikan dengan 20% bayaran pendahuluan.
Buku istimewa yang
mengandungi tulisan Dr. Burhanuddin al-Helmi ini akan
dipasarkan juga di dalam seminar-seminar homeopati dan di
kaunter pembekal remedi-remedi homeopati seperti T.M Shafi
di Kuala Lumpur dan Perkhidmatan Homeopathy Mulia di Kota
Bharu. Pesanan online untuk sebuah buku akan
dikenakan caj kurier, tetapi jika nilainya melebihi RM100 (bersama
produk lain) akan dikurier secara percuma.
Bagaimana
pemperoleh buku ini secara percuma?
Buku yang baru
diterbitkan ini juga akan ditawarkan secara percuma kepada
pengedar HBI tegar. Ini merujuk kepada pengedar kawasan,
yang pastinya diberi secara percuma. Bagaimanapun, menjelang
pilihan raya negeri Sarawak, mulai hari ini HBI memberi
tawaran istimewa sepanjang bulan April 2011 ini
Tawarannya ialah
bagi semua order 20 unit Active IQ/HiFos ke atas,
penghantaran kurier bukan sahaja percuma, malah pembeli yang
membeli direct online akan dibekalkan dengan 2 buku
Tip Motivasi & Minda dan Pengantar Falsafah
Perubatan Homeopati secara percuma. Ini merupakan
tawaran terhebat untuk tahun ini.
Bagi
pengedar yang sudah membuat pesanan sebelumnya, dia boleh
mendapat sebuah buku lagi bagi pesanan kedua. Buku
tersebut ialah buku Perubatan Homoeopati, iaitu buku
pertama terbitan kami dan terlaris setakat ini selepas buku
Tip Motivasi & Minda.
Bagi
pengedar yang membuat pesanan kali ketiga bagi kuantiti yang
sama atau lebih boleh mendapat buku Kamus Istilah
Perubatan Homeopati percuma. Semua ini juga bagi
menambah maklumat homeopati di kalangan masyarakat secara
penulisan (penerbitan) dan pemasaran atau hadiah.
-
Berita HBI
Rabu, 6 April
2011.
|
|
|
|
|