Kali ini, ketika UMNO
sedang menjalankan Persidangan Agung
Tahunannya, negara mengalami hujan lebat di merata tempat. Di sesetengah
kawasan yang rendah, sudah ada petanda banjir kecil melanda.
Laman web Kementerian Kesihatan juga sudahpun mengeluarkan amaran dan
panduan-panduan menghadapi keadaan banjir dan situasi kesihatan yang muncul
seiring dengan kehadiran banjir.
Di antara
masalah-masalah yang berlaku semasa banjir dan
boleh mendatangkan masalah rumit atau bahaya adalah seperti :
Lemas
Terdedah kepada berbagai
jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam
longkang
Digigit binatang berbisa yang hanyut bersama banjir.
Terkena renjatan elektrik
Terdedah kepada jangkitan
penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
Orang ramai diminta mengambil tindakan berikut bila mana dimaklumkan
oleh media berkaitan berlakunya banjir di kawasan berhampiran. Antaranya
ialah:
Hendaklah dijauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh
pihak berkuasa
Bagi yang memiliki kenderaan, cepat-cepat bawa kenderaan
ke tempat yang lebih tinggi untuk mengelak risiko ditenggelami air
Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan
banjir
Bagi sesiapa yang di dalam rawatan dan bergantung dengan
ubat-ubatan, jangan lupa membawa ubat-ubatan (serta rekod rawatan) yang
ada bersama.
Sementara itu, semasa berada di Pusat Pemindahan Banjir anda
disarankan supaya:
Sentiasa minum air yang
telah dimasak
Makan makanan
yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran
yang belum dimasak dan ulam-ulaman
Tudung semua
makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
Jaga kebersihan
diri dan kawasan sekeliling :
- Basuh tangan sebelum makan dan
selepas ke tandas
- Basuh tangan sebelum
menyediakan/mengendali makanan
- Guna tandas yang sempurna - Buang sampah di tempat yang betul
Dapatkan
suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
Dapatkan rawatan
segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah
Demikian antara saranan dan panduan umum bagi anda yang mungkin
terlibat dengan bencana banjir. Dan jangan lupa, sila patuhi arahan pihak
berkuasa dari masa ke semasa.