![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||
| LAMAN UTAMA |
DOKTOR BOLEH SARAN HOMEOPATI DI SWEDEN |
|||
|
28 Dis 2011 |
Disember 2011 |
|||
|
|
Sebelum ini homeopati tidak diterima sebagai suatu pendekatan terapeutik secara rasmi oleh jabatan kesihatan Sweden, dan para doktor di Sweden memang dilarang daripada mempreskripsi penawar atau ubatan homeopati. Beberapa tahun lalu, satu kes yang melibatkan seorang pengamal perubatan yang turut terlatih dalam homeopathy di UK di mana beliau menggunakan amalan itu dalam praktiknya telah diletakkan dalam percubaan (probation) oleh Lembaga Pertanggungjawaban Perubatan (Hälso- och Sjukvårdens AnsvarsNämnd - HSAN). Doktor berkenaan telah merayu keputusan itu di mahkamah dengan alasan bahawa beliau hanya menggunakan homeopati apabila pesakit beliau memintanya dan bila didapati rawatan konvensional tidak berkesan di dalam rawatan. Dilaporkan bahawa selepas diputuskan oleh dua Mahkamah Rendah, beliau dilarang daripada mengamal homeopati. Bedasarkan keputusan penghakiman, homeopathy dikatakan tidak saintifik meskipun bukti tentang keberkesanan homeopati semakin meningkat. Mutakhir ini, selepas bertahun-tahun beliau dan pesakit beliau didiskriminasikan, akhirnya kes doktor itu telah dibawa ke mahkamah tinggi. Mahkamah Tinggi berkenaan memutuskan bahawa para pesakit tidak terdedah kepada bahaya dan doktor itu telahpun menggunakan pengetahuan saintifiknya ketika diperlukan. Implikasi keputusan Mahkamah Tinggi itu ialah mulai hari ini doktor yang berkelulusan boleh menggunakan homeopati. Oleh kerana keputusan itu mendapat publisiti meluas di Sweden, kesan terhadap rawatan alternatif homeopati semakin menggalakkan. Kini, berita dari Sweden mendapati minat terhadap homeopati dan rawatan komplimentari menjadi semakin bertambah di negara itu. (http://www.homeopathyeurope.org/media/news/newsletter-6-december-2011/swedish-court-rules-doctors-can-recommend-homeopathy) - Admin drhatta.com.
|
November Oktober Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 28 Dis . 2011