![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||
| LAMAN UTAMA |
CUEPACS MASIH BANTAH SBPA |
|||||
|
17 Dis 2011 |
Disember 2011 |
|||||
|
|
Dalam suasana kakitangan kerajaan mendapat arahan supaya menandatangani borang opsyen dalam tempoh 2 minggu sebelum tibanya bulan Januari 2011, CUEPACS telah memaklumkan pendirian mereka pada 15 Disember 2011. Dalam blognya, Cuepacs menyatakan bahawa mereka mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan. Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan, khususnya perubahan gaji. Kata beliau lagi, “Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini.” Seramai 1.4 juta kakitangan awam terlibat dalam menentukan sama ada akan menerima opsyen sistem SBPA ataupun tidak. Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan. “Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy," Jelas beliau kepada The Malaysian Insider. “Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau. Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Walaupun belum mendapat perincian menyeluruh, sistem baru ini dikatakan telah menimbulkan rasa tidak puas hati. Antara perkara yang dipertikaikan setakat ini ialah berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Sebelumnya, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.” “Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya. Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat. “Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar. Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA. Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau. Rujuk: http://cuepacs.blogspot.com/2011/12/sbpa-cuepacs-bantah-arah-staf-kerajaan.html Wa Llahu 'alam.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
November Oktober Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 17 Dis . 2011