![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||
| LAMAN UTAMA |
KARNIVAL KUCING KESAYANGAN DI SACC MALL SHAH ALAM |
|||
|
19 Dis 2011 |
Disember 2011 |
|||
|
|
Karnival dan pameran yang mempamerkan pelbagai jenis kucing yang terjaga rapi dari segi kesihatan, kecantikan mata dan rupa, bulu yang menawan dan bertenaga berjaya menarik penonton yang hadir. Sebahagian daripada pengunjung memang datang untuk meninjau dan membeli binatang peliharaan ini buat teman di rumah. Melihatkan keadaan ini, kita dapati bukan sahaja ramai di kalangan masyarakat kita mulai berminat dengan kucing dan anak kucing tetapi (bahkan) turut membantu meningkatkan semangat kasih dan cintakan binatang kecil ini. Tidak dapat dinafikan bahawa kepada sesetengah keluarga, kucing ini memainkan peranan sebagai tempat atau fokus di mana isi rumah boleh sama-sama beramah mesra dan bersembang di masa lapang. Secara tidak langsung, ia menjadi pengikat kemesraan di dalam sesebuah rumahtangga. Bagi mereka yang masih takut-takut dengan kucing, pameran seumpama ini boleh menarik perhatian dan mendekatkan hati-hati mereka untuk membelai binatang yang kebanyakannya peramah dan manja ini. Atas kesedaran ini, kita juga berharap masyarakat kita menjadi lebih prihatin terhadap binatang manja anugerah Tuhan ini. Dengan itu juga, tidaklah semua binatang yang datang menagih simpati dan sisa-sisa di rumah kita akan terbiar. Begitu juga, jika semangat kasih sayang kepada makhluk Tuhan ini dapat dipupuk, tidaklah lagi kebanyakan kita akan menganggap kehadiran seekor dua kucing itu menjadi beban sehingga sanggup bukan saja membuangnya ke tempat-tempat yang jauh daripada makanan malah ada yang sanggup membunuh. Wa Llahu 'alam. - Admin drhatta.com.
|
November Oktober Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 19 Dis . 2011