LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

ETIKA BLOGERS MEDIA BARU: Khairul Fahmi Antara Mangsa

6 Dis 2011

 Disember 2011

 

 

Kami fikir penyampaian berita dalam dunia yang semakin mencabar ini harus diperkasakan dengan etika kewartawanan yang lebih baik. Jika ruang masih ada, pihak-pihak tertentu mungkin boleh memikirkan suatu kursus bagi semua orang yang terlibat dalam dunia pemberitaan (khususnya internet) bagi mengikuti etika kewartawanan.

  Hakikatnya, kursus itu mungkin tidak perlu jika kita semua mempunyai etika dan akhlak agama yang tinggi. Namun dalam keadaan kita dengan tiba-tiba saja menerima dasar langit terbuka, kita lupa mempersiapkan diri kita dengan pegangan, prinsip dan etika yang sewajarnya.

   Justeru, hari ini kita dapati ramai penulis portal, berita dan blog sekadar menulis (juga copy & paste) dan jarang sekali memikirkan kesan penyampaian kepada pengguna.

  Antara jagoan yang mendapat berita negatif (bahkan kesan negatif) ialah penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat. Apa yang dilaporkan terhadap beliau boleh dianggap sebagai satu penderaan luar jangka.

Antara gambar yang dipaparkan. Yang ini daripada justanothermale.blogspot.com. Haruskah kita percaya kepada semua berita?

Penjaga gol, Khairul Fahmi yang komited dengan pasukannya. Wajarkah ganjaran laporan sebagai hadiah kepada sumbangan beliau yang cemerlang?

  Dalam waktu beliau dijulang sebagai penjaga gol terbaik dalam Skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda yang baru saja meraih pingat emas di Sukan SEA di Jakarta baru-baru ini, berita yang tidak elok itu disebarkan tanpa kesian belas.

  Dari laporan internet, dikatakan saudara Khairul Fahmi dipalitkan dengan pelbagai masalah peribadi. Dia dikaitkan dengan putus tunang, menghadiri majlis sosial dan gambar bersama Nor Hashidah Harmi. Sejauh mana benarkah tuduhan atau berita sensasi itu?

  Alhamdulillah, beliau tidak mengambil peduli sangat mengenai laporan media itu. Sebaliknya beliau terus memberi fokus kepada tugasnya, yang menunjukkan bahawa beliau lebih berkredibiliti daripada wartawan murahan itu.

  Itulah bintang pasukan Kelantan yang memenangi Piala Liga Super dan Piala Sumbangsih tahun ini. 

  Kita berharap sudah sampailah masanya semua penyampai berita mempunyai keprihatinan yang tinggi dan bijak dalam penulisan dan pemberitaan. Lagipun, sekarang sudah lebih sepuluh tahun kita mengharungi lautan internet. Seharusnya sudah cukuplah bagi masyarakat kita belajar dan membuat laporan serta rujukan berhemah.

  Di sini, kita tidak menafikan juga bahawa agak ramai para pelapor dan pemberita yang mempunyai ciri-ciri dan etika kewartawanan yang tulin. Dan sudah tentulah bagi yang tulin ini wajar kita ucapkan syabas dan teruskan usaha murni itu.

  Hanya dengan kesedaran yang tinggi dan akhlak penulisan yang baik kita akan berjaya melayari bahtera di lautan internet tanpa batasan ini dengan jaya dan cemerlang.

(Berita ini ditulis susulan berita di dalam Berita Harian - Kuasa media baru hukum mangsa tanpa bukti kukuh, Oleh Imlan Adabi )
 

   

  Wa Llahu 'alam.

 

 -  Admin drhatta.com.

   

 

 

HTML Comment Box is loading comments...

Boleh Saran Homeopati

SBPA DITANGGUH

SBPA: SIGN ATAU TIDAK?

Karnival Kucing

Cuepacs Bantah

Apakah Sumbangan Anda?

Hassan Ali Difitnah

Etika Media Baru

ISU Skim SBPA

Piket AirAsia

 Bahaya Banjir

November

Selamat Tahun Hijrah

Mesyuarat Agung PPHM

Hadis Tentang Nyanyian

Cinta Muka Buku

Misteri Bukit Changgang

Salam Aidil Adha

Cucu Natrah di Malaysia

Hentikan Seksualiti Merdeka

Seksualiti Merdeka

Oktober

Aziz Bari Diugut?

Godam Web FAM

Gerbang Abadi

Wasiat Gaddafi

Perginya Seorang Sahabat

Ranking Homeolibrary.com

Kursus Pemasaran  Internet

Komen Saifudin

Int'l Fair KMB

Isu Aziz Bari

Peguam Bank Menang

HalFest 2011

Karnival Bahasa

Kisah Steve Jobs

Bajet 2011 Bajet Pilihanraya

Steve Jobs Pencipta & Inovator

Lawyer Bank Lagi

Isu Bank (& Mahkmah) Lagi

Gaji Naik

Sept

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011

Ogos

ISLAMKAH BANK

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 6 Dis . 2011