LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

ISU TURUS/JUSA DAN EXIT POLICY DALAM SBPA

5 Dis 2011

 Disember 2011

 

 

  Dilaporkan bahawa kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2012 hadapan.

  The Malaysian Insider dalam laporannya menyebutkan bahawa peruntukan baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.

  Sumber itu juga memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan.

  SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.

  “Mengikut maklumat yang diterima, kami difahamkan mana-mana kakitangan yang mendapat markah 70 peratus dan ke bawah selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan perkhidmatan.”

  Katanya, jika kakitangan yang memperoleh markah 70 peratus dan ke bawah juga boleh memilih untuk berhenti sendiri.

  “Bermakna mereka ada pilihan untuk berhenti dalam tempoh tiga tahun jika merasakan tidak berupaya mencapai sasaran prestasi yang ditetapkan,” katanya lagi.

  Difahamkan kepimpinan kesatuan sekerja telah membantah pendekatan tersebut kepada JPA semasa satu taklimat baru-baru ini.

  “Bagaimanapun JPA menenangkan dengan penjelasan bahawa anda semua kakitangan yang baik, tidak perlu risau dengan sistem ini,” katanya

  Di samping itu, Berita Harian turut melaporkan yang Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus dengan kepakaran luar, terutama daripada sektor swasta.

  Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan itu jika dilaksanakan, seumpama menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu.

  Sebaliknya beliau berkata, seharusnya keutamaan jawatan itu diberi kepada penjawat sedia ada, terutama generasi muda yang mempunyai idea dan kebolehan agar kualiti kerja dapat ditingkatkan.

  “Kenapa perlu ambil orang luar yang tidak tahu apa-apa mengenai jabatan kerajaan sedangkan kita tahu masih ramai penjawat awam berkebolehan untuk menjawat jawatan itu.

  “Jika sudah tiada (penjawat awam) yang layak... mungkin orang luar boleh mengisinya, tetapi dengan syarat bukan semua jawatan ditawarkan,” katanya ketika memberi taklimat mengenai Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA) dan Pembangunan Bersepadu Penilaian Kompetensi (PROSPEK) di Stadium Negeri di sini, semalam.
 

   

  Wa Llahu 'alam.

 

 -  Admin drhatta.com.

   

 

 

HTML Comment Box is loading comments...

Boleh Saran Homeopati

SBPA DITANGGUH

SBPA: SIGN ATAU TIDAK?

Karnival Kucing

Cuepacs Bantah

Apakah Sumbangan Anda?

Hassan Ali Difitnah

Etika Media Baru

ISU Skim SBPA

Piket AirAsia

 Bahaya Banjir

November

Selamat Tahun Hijrah

Mesyuarat Agung PPHM

Hadis Tentang Nyanyian

Cinta Muka Buku

Misteri Bukit Changgang

Salam Aidil Adha

Cucu Natrah di Malaysia

Hentikan Seksualiti Merdeka

Seksualiti Merdeka

Oktober

Aziz Bari Diugut?

Godam Web FAM

Gerbang Abadi

Wasiat Gaddafi

Perginya Seorang Sahabat

Ranking Homeolibrary.com

Kursus Pemasaran  Internet

Komen Saifudin

Int'l Fair KMB

Isu Aziz Bari

Peguam Bank Menang

HalFest 2011

Karnival Bahasa

Kisah Steve Jobs

Bajet 2011 Bajet Pilihanraya

Steve Jobs Pencipta & Inovator

Lawyer Bank Lagi

Isu Bank (& Mahkmah) Lagi

Gaji Naik

Sept

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011

Ogos

ISLAMKAH BANK

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 5 Dis . 2011