Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi.

Latest Articles
2012
Advertisement
 
Melakar Tahun Baru Dengan Suatu Transformasi


Seperti menyambut Awal Tahun Hijrah 1433  kira-kira sebulan yang lalu, pada tepat jam 12.00 malam nanti kita bakal menyambut Tahun 2012 Masehi pula.

  Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan bersilih bulan, akhirnya kalendar tahunan Masehi pun turut bertukar. Sedar atau tidak, suka atau tidak, waktu tetap meninggalkan kita sama ada kita merelakan maupun enggan.

  Itulah kehebatan dan kebijaksanaan Ilahi dalam menciptakan waktu. Suatu makhluk yang tidak mampu ditangguh, dipercepat ataupun diubah manusia dengan teknologi secanggih manapun. Meskipun pada hari ini kita takjub dengan pengeluaran iphone dan rakan sejenisnya, namun dalam hal berkaitan masa, tiada siapa dapat menangguh walau sesaatpun.

  Di sinilah rebahnya insan, walau sekamil manapun dia. Dan justeru, firman AIlah amat bertepatan sekali apabila dinyatakan (maknanya):

  "Demi masa. Sesungguhnya manusia adalah di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh. Dan orang yang berpesan tentang kebenaran, dan orang yang berpesan tentang kesabaran." (Surah al-'Asr)

  Bahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala juga telah bersumpah dalam al-Quran dengan pelbagai masa seperti fajar, dhuha, malam, siang dan seterusnya. Semua makhluk lain seperti kita terikat dengan masa - kejadian Ilahi - melainkan DIA. Lebih hebat daripada itu ALlahlah yang satu-satunya dapat menentukan masa.

  Di kesempatan ini, maka kami pengendali laman www.drhatta.com dan www.homeolibrary.com mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi 2012 kepada sekalian pelayar dan pelawat laman kami.

  Di samping berdoa agar ketakwaan kita semakin meningkat, wajarlah kita meninjau kembali dan bermuhasabah sedikit tentang apa yang telah kita capai pada tahun 2011. Apakah segala hasrat, rancangan, cita-cita dan prestasi telah berjaya dicapai seperti seharusnya? Ataukah sekali lagi kita gagal, kecewa di tengah perjalanan dan ditinggalkan oleh masa?

  Apapun, waktu ini bukan lagi waktu untuk kita bernostalgia. Tetapi kita harus melangkah dengan lebih gagah, kerana di hadapan sana cabaran-cabaran yang lebih hebat dan getir menunggu.

  Dalam dunia yang semakin sofistikated dan berubah sepantas kilat ini, kita harus bersedia berubah. Semangat dan cita-cita harus lebih jauh dan tinggi. Waktu untuk bermalas harus diketepikan. Ilmu dan pengalaman baru wajar dituntut segigihnya.

  Teknologi dan kecanggihan zaman ini akan meninggalkan segala mereka yang hidup berpeluk tubuh, mengenang-ngenang nasib, mereka yang leka dan cuai dengan hidup, mereka yang merasa lengkap dengan menonton tv sahaja atau mereka yang sekadar menjadi pengguna internet yang pasif.

  Dunia hari ini adalah dunia reka cipta dan dunia berinovasi. Apabila Rasulullah s.a.w. menyarankan agar kita menjadi insan yang lebih baik pada hari ini berbanding semalam, dan esoknya menjadi lebih baik daripada hari ini, itu adalah pesanan yang amat berkait rapat dengan saranan untuk maju dan berinovasi di dalam hidup.

 Lebih kurang seribu empat ratus tahun yang lampau pesanan Rasulullah s.a.w. masih relevan. Sabda baginda bukan semata-mata supaya kita berbuat sesuatu kerja bagi meningkatkan ketaqwaan, malahan dalam konteks persaingan hari ini ialah juga bermaksud atau saranan supaya kita umat Islam sentiasa meletakkan inovasi sebagai tonggak perubahan sehari-hari.

  Tanpanya, maka kita akan terus ketinggalan di belakang. Di belakang kaum Yahudi, di belakang manusia Barat dan manusia Timur yang lebih mengerti tentang prinsip perubahan, persaingan dan kemajuan.

  Justeru, marilah kita melakar Tahun Baru kali ini dengan suatu transformasi yang tiada tandingnya dengan apa yang pernah kita perbuat sebelum ini.

  Sekian daripada kami. Salam Tahun Baru. Sila beri komen anda.

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

 
 

Selamat Tahun Baru 2012

Boleh Saran Homeopati

SBPA 15 Jan 2012

SBPA DITANGGUH

SBPA: SIGN ATAU TIDAK?

Karnival Kucing

Cuepacs Bantah

Apakah Sumbangan Anda?

Hassan Ali Difitnah

Etika Media Baru

ISU Skim SBPA

Piket AirAsia

 Bahaya Banjir

November

Selamat Tahun Hijrah

Mesyuarat Agung PPHM

Hadis Tentang Nyanyian

Cinta Muka Buku

Misteri Bukit Changgang

Salam Aidil Adha

Cucu Natrah di Malaysia

Hentikan Seksualiti Merdeka

Seksualiti Merdeka

Oktober

Aziz Bari Diugut?

Godam Web FAM

Gerbang Abadi

Wasiat Gaddafi

Perginya Seorang Sahabat

Ranking Homeolibrary.com

Kursus Pemasaran  Internet

Komen Saifudin

Int'l Fair KMB

Isu Aziz Bari

Peguam Bank Menang

HalFest 2011

Karnival Bahasa

Kisah Steve Jobs

Bajet 2011 Bajet Pilihanraya

Steve Jobs Pencipta & Inovator

Lawyer Bank Lagi

Isu Bank (& Mahkmah) Lagi

Gaji Naik

Sept

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011