![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||
| LAMAN UTAMA |
SBPA: KAKITANGAN PERLU BERTINDAK DENGAN BIJAK |
|||
|
21 Dis 2011 |
Disember 2011 |
|||
|
|
Sebahagian besar laman-laman web membuat ramalan dan memaklumkan anggaran kadar kenaikan yang tinggi yang menyebabkan kakitangan awam berkira-kira tentang rancangan masa depan. Sementara itu, sesetengah harga barang juga turut menumpang tuah dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak. Apabila skim baru ini dihebahkan sebagai tidak memasukkan pelarasan seperti yang diharapkan CUEPACS dan kakitangan awam, ada pula "Exit Policy" untuk kakitangan yang tidak produktif, dan kakitangan yang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kurang daripada 70% selama 3 tahun berturut-turut disarankan supaya bersara atau diminta berhenti, maka kini timbul suara-suara yang tidak menyenangkan (bantahan) dan usaha dibuat bagi berunding semula dengan kerajaan. Di samping itu, wajar juga kita menyeru supaya harga barang diturunkan semula kerana kuasa beli kakitangan dan rakyat tidaklah tinggi seperti yang dijangkakan. Jika tidak banyak barangan dan perkhidmatan tidak akan berjaya dijual seluruhnya. Sementelah itu, bulan Disember 2011 sudah hampir berakhir. Bonus separuh bulan telah diberikan. Pelaksanaan SBPA bakal bermula pada bulan Januari. Kelewatan pelaksanaan skim baru ini mungkin akan menjejaskan pendapatan kakitangan awam yang boleh mendapat manfaat. Harus diingat, SBPA ini merupakan saranan dan tawaran pertukaran skim. Ia tidak dinyatakan sebagai suatu pelarasan gaji. Justeru, kita lihatlah ia sebagai skim alternatif kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM). Jika ia lebih buruk tidak perlu tandatangan, tetapi jika ianya lebih baik, kakitangan awam harus menerimanya. Beberapa perkara di dalamnya yang harus dilihat secara positif oleh semua kakitangan awam ialah: Skim baru ini menawar satu lagi anjakan gaji (walaupun bukan peratusan yang diharapkan sebagaimana kebiasaan dalam pelarasan gaji). Jika kakitangan awam menerimanya, ini bermakna semua kakitangan awam bakal mendapat dua kali kenaikan pada tahun 2012, pertama di bawah skim lama ketika perpindahan SSM ke SBPA dan kedua kenaikan tahunan dalam SBPA pada tahun hadapan. Skim SBPA juga menawarkan anjakan kepada semua orang yang gajinya sudah mati (di penghujung skim dalam lapisnya) serta memasuki semula skim selapis. Ini bermakna gaji akhir semua kakitangan akan jauh lebih tinggi berbanding sistem SSM. Dengan adanya peluang kenaikan selepas bekerja berpuluh tahun, dan sekarang diberi pula peluang mendapat 15% kenaikan kepada kakitangan yang berprestasi tinggi, ini akan menggalakkan produktiviti dan semangat bekerja yang lebih baik. "Exit Policy" berpandukan prestasi 3 tahun berturut-turut merupakan suatu mekanisme yang baik untuk menghalang kakitangan yang tidak produktif, cuai dan tidak cekap daripada meneruskan amalan yang menjejaskan pentadbiran awam. Berbanding dengan swasta, ianya adalah suatu masa yang agak lama sebelum satu-satu keputusan dibuat bagi mengeluarkan kakitangan tidur dan semata-mata menjadi sleeping partner kepada rakan yang lain. Tentulah dalam tempoh itu pekerja berkenaan boleh memperbaiki dirinya jika ingin terus berada dalam perkhidmatan awam. Jika sikap dan amalan buruk kakitangan berprestasi rendah itu berpunca daripada ketidak-sesuaian beliau bekerja dengan kerajaan, "Exit Policy" merupakan kesempatan yang baik baginya mencuba majikan yang lain yang bersesuaian. Bahkan di dalam jabatan kerajaan sendiri, kadang-kadang kakitangan berkenaan disaran berpindah supaya tabiat dan kerjanya di persekitaran yang baru akan lebih baik. Di dalam skim sebelumnyapun memang ada peruntukan di mana tindakan disiplin boleh diambil terhadap kakitangan yang berprestasi buruk dan menjejaskan perkhidmatan awam. Cuma kali ini ianya dinyatakan secara jelas dan tujuannya tidak lain melainkan demi menjadikan perkhidmatan awam lebih cekap dan kompetitif. Menjelang tahun baru 2012, kakitangan awam harus lebih proaktif dan berfikir secara lebih bijaksana dalam membuat keputusan. Kami percaya, CUEPACS masih boleh mengutarakan suatu medan dan perbincangan lain dengan pihak kerajaan bagi menyarankan pelarasan lebih baik buat kakitangan awam, khususnya kumpulan sokongan. Wa Llahu 'alam. - Admin drhatta.com.
|
November Oktober Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 21 Dis . 2011