![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
APAKAH SUMBANGAN ANDA DALAM HOMEOPATI? |
|
|
13 Dis 2011 |
Disember 2011 |
|
|
|
Selama keterlibatan saya dalam perubatan homeopati dan melalui senario perkembangan sistem perubatan alternatif ini di Malaysia, saya dapati kita selalu mengingati dan mengenangi kembali jasa dan sumbangan besar Prof. Dr. Burhanuddin al-Helmy. Sememangnya beliau merupakan tokoh yang tiada galang gatinya. Meskipun ada pihak-pihak tertentu atau yang tidak bertanggungjawab berusaha menukar cerita dan membuat pengkisahan yang berlainan, namun sejarah tetap sejarah. Tentu sekali amat sukar dirubah. Persoalannya ialah apakah pula sumbangan kita? Kita semua yang mengaku sebagai pengikut setia, pengamal atau doktor.. apakah yang telah kita usahakan dan tinggalkan untuk homeopathy, atau untuk agama, bangsa dan negara di dalam bidang ini. Buat mereka yang mendakwa mengamalkan homeopati klasik, apakah sumbangan anda? Sebelum kita semua cuba menjawab persoalan itu, mungkin ada kewajarannya jika kita melihat bidang-bidang yang mana para pengamal sudah menempah nama dan dalam proses meninggalkan sesuatu (jika ianya bakal diingati). Antaranya ialah: Menubuhkan persatuan atau memimpin persatuan. Membina institusi pengajian homeopati. Menjadi tenaga pengajar homeopati untuk persatuan atau secara bersendirian. Menjadi pengamal sepenuh masa atau membuka farmasi homeopati. Menghasilkan produk yang berkelangsungan. Menghasilkan karya homeopati baik berupa rencana pendek atau buku-buku. Mempelopori atau membantu penyebaran homeopati dalam apa bentuk sekalipun. Sebelum kita lihat dalam bidang mana nama kita mula dipahat, sekarang cuba kita perhatikan sumbangan Prof. Dr. Burhanuddin al-Helmy. Adalah jelas sekali bahawa beliau adalah orang yang paling layak mendapat nama yang harus ditulis dengan tinta emas dalam bidang ini. Pertama, beliau bukan saja bertanggungjawab ke atas penubuhan Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Persatuan Homeopathy Malaysia, malahan beliau adalah Presiden yang pertama bagi persatuan homeopati yang pertama kali ditubuhkan. Meskipun membuka pusat rawatan atau klinik homeopati adalah perkara biasa, namun Dr. Burhanuddin merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik homeopati di tanah Melayu. Keadaan ini sekaligus memberi nama dan makna yang tidak dapat dicabar lagi dari segi peranan beliau jika ditinjau dari sudut peranan memberi khidmat rawatan dan memperkenalkan kaedah rawatan baru Beliau juga telah memulakan pengajaran ilmu perubatan homeopati sejak awal tahun 1950an. Berdasarkan tulisan anak-anak muridnya, pengajaran beliau adalah tersusun berpandukan kepada buku-buku dan kitab yang diwajibkan anak muridnya mempelajarinya. Meskipun ia berlangsung secara informal, beliau adalah pelopor kepada sistem pendidikan homeopati di Tanah Melayu. Dr. Burhanuddin mungkin tidak membuka farmasi atau klinik secara berterusan, tetapi ini tidak dapat menafikan peranan beliau sebagai doktor bertauliah dan diperakui di peringkat antara bangsa (berasaskan hadiah-hadiah penghormatan yang diterima). Perakuan itu bertepatan justeru beliau adalah mentor kepada semua 12 orang murid yang pertama dan murid-murid yang seterusnya. Harus diingat, Dr. Burhanuddin telah turut meninggalkan khazanah hasil penulisan yang besar yang tidak mudah bagi seseorang menghasilkannya di dalam keadaan persekitaran serba kekurangan dan kesibukan beliau menguruskan usaha memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Karya beliau berkaitan material medica, falsafah perubatan homeopathy, biochemistry serta artikel-artikel kesihatan (seperti yang disiarkan di dalam majalah persatuan) memperlihatkan betapa besar hasrat dan komitmen beliau terhadap homeopati dan masa hadapan yang diinginkan. Selepas Dr. Burhanuddin, mungkin kita boleh senaraikan para pengamal dan pendokong homeopati yang lain. Tetapi jelasnya, sumbangan tidak akan lagi sebegitu hebat atau besar seperti bapak Prof. Dr. Burhanuddin (khususnya jika kita melibatkan diri dalam bidang yang sama atau ruang lingkup yang sempit). Namun jika kita mempunyai kitab sejarah kita masih boleh memasukkan nama-nama orang terkemudian. Umpamanya: Nama-nama seperti Dr. Mohd Nor Noordin, Prof. Dr. Mohamad Yacob, Dr. Dali Muin dan beberapa pengamal yang lain yang memain peranan sebagai Presiden persatuan, mengajar ilmu homeopati dan menghasilkan beberapa buah buku (meskipun tidak semua diterbitkan) homeopati boleh dicatat. Prof. Dr. Mohamad Yacob adalah pengasas Persatuan Perubatan Homeopathy Bumiputra Malaysia sedang Dr. Mohd Nor Noordin pula merupakan pengasas Koperasi Homeopathy Melaka Berhad. Prof. Dr. Azizan Ismail juga menghasilkan sedikit tulisan. Tetapi beliau lebih berjaya dalam menempah nama sebagai pengasas dan pemilik syarikat-syarikat yang tiada pengamal lain pernah mempeloporinya. Beliau adalah anak Melayu pertama yang menghasilkan begitu banyak produk kombinasi homeopati, biokimia dan herba yang berdaftar. Selain berjaya menubuhkan syarikat MLM, beliau banyak memimpin kelab dan persatuan, beliau juga adalah penceramah dan pengajar homeopati serta satu-satunya pengamal yang lahir sebagai jutawan dalam perubatan homeopati. Sebagai pengamal dan sebagai insan, kita tidak seharusnya mencemburui mereka yang telah berjaya meninggalkan nama yang baik dalam pelbagai bidang yang berhubungan dengan homeopati. Sebaliknya, kita sebagai seseorang yang dianugerahkan ilmu ini harus berfikir di bahagian manakah yang boleh kita beri sumbangan lagi. Dalam dunia yang seluas ini, terutama bila wujudnya globalisasi dan alam maya virtual, sudah pasti ada lebih banyak ruang dan peluang yang tersedia untuk kita, jika kita inginkan. Dahulu kita mengagung-agungkan ciptaan Thomas Alva Edison dan betapa hasil peninggalannya dinikmati oleh kita semua hingga ke hari ini. Dunia menjadi gemerlapan kerananya. Namun ramai lagi orang-orang yang menyumbangkan hasil ciptaan hebat dari masa ke semasa. Justeru tidak hairanlah bila Steve Jobs, CEO dan pengasas Apple Computer meninggal pada bulan 5 Oktober 2011, ramai sekali berpendapat bahawa beliau juga adalah sehebat Thomas Alva Edison. Laporan menyebutkan bahawa dunia akan mengingati beliau untuk tempoh yang agak lama. Demikian juga Mark Zuckerberg. Beliau sudahpun memecah rekod dengan menghasilkan network social yang mempunyai pengguna paling ramai di dunia meskipun masih muda dan perjalanan beliau masih jauh. Jadi rakan-rakan sekalian. Tempahlah nama anda sekarang. Harimau mati meninggalkan belang, kita pergi…… Apakah yang ingin anda tinggalkan? |
Cambodia Di Luar Maya & Realiti November Oktober Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 13 Dis . 2011