![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||
| LAMAN UTAMA |
SEBAHAGIAN KAKITANGAN TELAH SIGN, TAPI SBPA DITANGGUHKAN |
|||
|
22 Dis 2011 |
Disember 2011 |
|||
|
|
Sebagaimana yang dinyatakan semalam, banyak kebaikan dari segi anjakan gaji yang bakal diterima oleh setiap anggota perkhidmatan kerajaan. Tambahan pula, mereka juga ditawarkan untuk bersara pilihan 60 tahun. Selain itu, kami difahamkan bahawa mereka yang bekerja selepas bulan April 1991 mendapat kelebihan memilih untuk bersara. Iaitu, jikapun mereka menandatangani opsyen untuk bersara pada usia 60 tahun, namun jika mereka memilih untuk bersara pada umur 55, 56 atau 58 tahun, mereka layak mendapat pencen dan gratuiti sepenuhnya pada masa bersara waktu itu juga. (Bagi mereka yang bekerja sebelum 12 April 1991, boleh pencen seawal 50 tahun [@45 tahun bagi wanita] dengan mendapat pencen dan gratuiti) Lagipun, bagi kakitangan yang cekap dan produktif, mereka berpeluang untuk mendapat anjakan 15% apabila laporan prestasi tahunannya adalah terbaik. Bagi mereka ini semua merupakan insentif yang amat menggembirakan. Kegembiraan ini tentulah berbeza-beza di antara kakitangan. Ini adalah kerana mereka memasuki skim baru, dan bukannya pelarasan gaji sebagaimana yang diharapkan oleh sesetengah pihak, termasuk kepimpinan CUEPACS. Bagaimanapun, antara rungutan yang kedengaran ialah dari kalangan mereka yang sudah berada di tangga gaji maksimum beberapa tahun yang lalu. Mereka akan menerima jumlah kenaikan yang sama sebagaimana kakitangan yang baru menjejak tangga maksimum.
Meskipun semuanya akan mendapat anjakan gaji dan gaji maksimum yang lebih tinggi, namun jurang perbezaan ini akan berterusan seperti sebelumnya. Umpamanya jika kita ambil skim ini dan bandingkan, ketaralah masalah jurang perbezaan itu: Satu JUSA C menerima gaji permulaan RM$6,595 di bawah SSM dan akan dibayar RM$12,000 jika menerima SBPA, Kategori Dua (SSM RM$7,236; SBPA RM$12,645), Kategori Tiga (SSM RM$7,939; SBPA RM$13,345), dan Kategori Empat (SSM RM$8,710; SBPA RM$14,115) dan Kategori Lima (SSM RM$9,480; SBPA RM$14,885). Di kalangan kumpulan berijazah pula, seperti pentadbir dan pendidikan akan menerima: DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925….maksimum RM 6220 DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985….maksimum RM 7235 DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390….maksimum RM 8710 DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260….maksimum RM 9610 DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025….maksimum RM 11,505 Contoh kumpulan pelaksana pula akan menerima:
Dengan keadaan skim gaji yang diutarakan di atas, kita percaya banyak lagi isu yang boleh dibincangkan oleh CUEPACS supaya SBPA yang bakal dilaksanakan adalah lebih adil, khususnya kepada anggota kerja sedia ada. Dalam perbincangan itu juga memungkinkan elaun-elaun lain seperti elaun kritikal dapat dibincangkan semula. Hasil daripada pertemuan dengan pemimpin CUEPACS, hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam. Demikianlah kenyataan yang dikeluarkan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari. Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu, demikian kenyataan dalam blog CUEPACS. Kita berharap perbincangan dan penambahbaikan dapat dibuat dalam kadar segera supaya penantian terhadap skim baru tidak terlalu lama dan supaya kakitangan awam mendapat manfaat dalam masa terdekat. Lagipun, tidak sampai dua minggu saja lagi tahun baru Masehi bakal tiba. Kita percaya suatu keputusan yang lebih baik dan menggembirakan semua peringkat jawatan dalam perkhidmatan awam dapat dicapai secepat mungkin. Wa Llahu 'alam. - Admin drhatta.com.
|
November Oktober Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 22 Dis . 2011