![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||
| LAMAN UTAMA |
SBPA DITANGGUHKAN 15 JANUARI 2012 |
|||
|
22 Dis 2011 |
Disember 2011 |
|||
|
|
Bagaimanapun penghantaran borang opsyen untuk bersara pada usia 60 tahun dikekalkan pada tarikh 30 Disember 2011. Justeru anggota Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam dikatakan keluar dari bangunan Perdana Putra di Putrajaya dengan senyum lebar. Syabas kepada Presidennya, Datuk Omar Osman berjaya yang memperoleh persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membolehkan kongres itu terus berunding dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tentang soal sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Apapun bukan semua elemen SBPA itu dibantah dan tidak diterima. Cuma seperti pemindahan gaji yang nampak mengelirukan. Gred tangga gaji tidak disertakan. SBPA bagaimanapun perlu diteruskan selepas penangguhan, cuma diperbaiki sedikit dari segi pemberian gaji, kata salah seorang yang menulis dalam web CUEPACS. Selain rundingan mengenai pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, sebelum ini CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah. Antara lain yang terkandung dalam sistem tersebut termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan. Dalam sistem baru itu juga, pembentukan gaji sebaris digunakan dengan diwujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi.
- Admin drhatta.com.
|
November Oktober Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 22 Dis . 2011