|
|

Pen S/usaha MPHM,
sdr pengamal Hp Mukhtar Alwi sedang meneliti buku "Pengantar
Falsafah Perubatan Homeopati".

Hp Zainul Azmi Ahmad,
Presiden MPHM.
Komen penulis -
Anugerah Hp., Dr. atau Dr.(H) dalam apa-apa pengkhususan
adalah pengiktirafan akademik institusi, organisasi @ mereka
yang pakar di dalam bidang berkenaan kepada seseorang yang
diiktiraf layak menerimanya. Apapun gelaran adalah hak
institusi atau organisasi terlibat. Soal gelaran itu
diiktiraf layak (setanding) dengan gelaran Dr. atau Dr.(PHD)
biasa adalah persoalan yang berbeza. Mereka yang berada di
luar bidang berkenaan tidak ada kelayakan menilai kebolehan
seseorang dalam suatu bidang yang bukan dalam bidang ilmunya.
Keilmuan, kepakaran dan kebolehan dalam homeopati
tidak harus dinilai oleh pakar perubatan alopati atau orang
lain yang tiada pengetahuan langsung mengenainya.
|
|
Pada hari
Isnin 14 Mac yang lalu selepas menghantar anak sulung ke UIA
kerana perlu menghadiri kuliahnya dalam bidang farmasi, saya
telah singgah di ofis MPHM di Setiawangsa untuk mengambil
sijil amalan bagi tahun 2011 dan juga menyampaikan buku
terbaru keluaran HBI. Buku itu teramat istimewa dan harus
dimaklumkan kepada majlis justeru di dalamnya terkandung
kutipan syarahan Dr. Burhanuddin al-Helmy. Apa yang ada di
dalamnya bukan semata-mata syarahan tetapi merupakan
himpunan siri kuliah falsafah perubatan homeopati yang
asalnya ditulis oleh Dr. Burhanuddin ketika beliau di dalam
tahanan.
 |
 |
|
Menerima sijil amalan 2011. |
Menghadiahkan
naskhah terbitan buku "Pengantar Falsafah Perubatan
Homeopati untuk MPHM". |
Kebetulan saya
sampai di sana pada jam 4.40 petang, saya tidak menyangka
bahawa Presiden MPHM, Dr.(H) Zainul Azmi turut berada di
sana sedang menjalankan tugas bersama dengan kerani MPHM, Pn.
Husna. Saya dimaklumkan bahawa tempat itu hanya disewa
sementara kerana satu ofis yang lebih besar akan disewa
tidak lama lagi. Ini bermakna pejabat MPHM akan berpindah
lagi. Meskipun pertama kali saya mengenali ofis sementara
itu, tetapi ia membawa erti yang besar kerana dapat berjumpa
dengan Presiden dan juga Pen S/Usaha MPHM, Dr. (H) Mukhtar.
(Gambar-gambar yang diambil sempena pertemuan itu dimuatkan
di sini)
Yang menariknya,
dalam pertemuan itu pengamal homeopati sdr. Zainul Azmi
telah meluahkan visi dan hasratnya untuk melihat homeopati
di Malaysia ini berterusan sebagai milik utama bangsa Melayu
tanpa menafikan bangsa lain turut berperanan dan
mengamalkannya. Justeru beberapa isu sempat dibincangkan di
mana beliau menyarankan supaya:
kita merancang
mencari-gali semula sumber asal homeopati di Malaysia dan
bagaimana ianya mula ditanam dan berkembang secara kajian
saintifk. Ini bermakna kita merujuk kepada pengkisahan
semula cerita di sebalik ketokohan Dr. Burhanuddin
semata-mata sebagai pejuang politik kemerdekaan dan Islam.
Usaha ini harus
disegerakan kerana kini sudah tidak ramai generasi awal
homeopati yang masih hidup, demikian juga ahli keluarga
pengamal terawal yang semakin terhakis.
Kita juga harus
menyusun satu komiti yang bertanggungjawab tentang kajian
dokumen, siri temuduga dan kisah-kisah dalam amalan praktis
Dr. Burhanuddin dalam jangka waktu beliau mulai belajar
homeopati hingga wafat beliau.
Beliau menjangka
sebahagian daripada pendokong fahaman politik beliau
berkemungkinan memihak dan membantu beliau justeru khidmat
dan pertolongan beliau dalam merawat orang-orang berkenaan (suatu
hal yang amat munasabah).
Sekiranya hasrat
beliau ini positif, baik dan bakal menjadi kenyataan, beliau
bercadang untuk melancarkannya dalam suatu seminar ataupun
mesyuarat agung MPHM dalam waktu yang terdekat.
Demikian gagasan
sdr Zainul Azmi, yang mana saya nampak harus diberi sokongan.
Sehingga kini, banyak tulisan-tulisan dan kajian akademik
dibuat mengenai latar belakang dan perjuangan kemerdekaan
Dr. Burhanuddin, tetapi semua itu dilihat dalam aspek
keterlibatan beliau dalam politik semata-mata. Bagaimana
sekarang jika kita benar-benar menggarap dan mengkaji beliau
dari sudut yang lain.
Bagaimana jika
kita lihat "the other side of Dr. Burhanuddin" dalam skop
yang sebenar. Dalam suatu pengkisahan yang berbeza, tanpa
bermotifkan politik. Tetapi mungkin condong ke arah
bagaimana beliau mulai mengenal homeopati, bagaimana beliau
berjaya menjadikan homeopati sebagai amalan, sebagai suatu
khidmat yang membantu memperoleh teman dan pengaruh. Juga
kita harus lihat bagaimana dekatnya beliau dengan homeopati
sehingga cerita-cerita sebelum merdeka dan selepas
kemerdekaan serta suara-suara perjuangan homeopatinya terus
berkumandang sehingga ke akhir hayat beliau.
Demikian antara
lain saranan bernas yang boleh menjadi suatu visi seorang
pemimpin persatuan hasil daripada suatu pertemuan pendek dan
ringkas tetapi padat.. Wa salam.
-
Mohamed Hatta, HMD
15 Mac 2011.
|
|
|
|
|