![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||
| LAMAN UTAMA |
CERITA HARI KEDUA: BERSAMA PRESIDEN PPHM & EDARAN BUKU TIP MOTIVASI MINDA oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. |
|||||||
|
26 July 2011 |
Jul |
|||||||
|
|
Paling menarik, sebelum kami diminta beredar dari kaunter MPHM pada pagi hari ketiga, 17 Julai 2011, ialah antara peserta terawal yang mengunjungi pameran buku-buku HBI ialah Dr. (H) Hj Abdul Rahman Hj Hashim, presiden Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM). Beliau sangat tertarik dengan buku yang baru saja kami terbitkan iaitu Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati. Selepas membelek muka surat di sebelah dalam, beliau mendapati terdapat muka surat yang merakam sekeping gambar di mana beliau bersama dengan Dr. Burhanuddin al-Helmy. Selepas kami berbual ringkas, saya menghadiahkan buku tersebut kepada beliau sebagai kenangan. Saya memaklumkan hasrat ingin menemu-bual beliau di suatu waktu nanti bagi tujuan penulisan sejarah perkembangan homeopati di zaman Dr. Burhanuddin sebagai memperkemaskan maklumat penulisan sedia ada.
Apabila saya bertanya mengenai penayangan montaj pada hari perasmian, beliau melahirkan rasa kecewa dan menyatakan apa yang dipaparkan itu tidak seharusnya terjadi demikian. Mereka yang terlibat dalam pembikinan montaj itu telah mengenepikan sejarah yang sebenar, jelas beliau. Kata beliau, sepatutnya Dr. Burhanuddin ditegaskan sebagai pelopor perubatan homeopati di Malaysia. Dengan sumbangan-sumbangan Dr. Burhanuddin yang begitu banyak seharusnya “kita bukan sekadar menubuhkan CUCMS bagi menjalankan kursus Bachelor of Homeopathic Medical Science [BHMS (Hons)], bahkan menubuhkan Institut Dr. Burhauddin”.Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kita tidak mampu melakukan semua ini sendirian kerana kita sebenarnya tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Demikian luahan Dr. (H) Hj Abdul Rahman Hj Hashim, yang juga merupakan antara murid kumpulan pertama Dr. Burhanuddin al-Helmy.Kemudian kami telah merakamkan gambar bersama sebagai kenang-kenangan. Meskipun saya pernah mengenali beliau sejak tahun 1993 dalam seminar homeopati di Kuala Lumpur, namun saya tidak pernah sempat berbual secara bersemuka seperti hari itu.Kemudian saya turut sama berkemas untuk ke bilik konferens. Beliau juga menyampaikan pesan kalau ingin berjumpa beliau nanti, datanglah semasa mesyuarat agung PPHM yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.Sebenarnya pada hari ke tiga itu, kami membawa juga buku yang telah diulang-cetak bagi kali kedua iaitu Tip-tip Motivasi dan Minda. Saya telah mengambil dan membawa buku-buku itu untuk diedar secara percuma kepada peserta konferens sebagai compliments daripada HBI Health & Homoeopathy Centre. Meskipun kandungannya lebih banyak berciri motivasi, namun penerima merakamkan perasaan syukur apabila mendapat sumbangan yang tak dijangka itu. Oleh kerana ia tidak diletakkan di kaunter MPHM seperti hasrat asal, maka tidak semua peserta konferens sempat memperoleh buah tangan itu. Namun bagi mereka yang memesan mana-mana buku homeopati secara online, kami tetap akan sisipkan buku Tip itu sebagai buah tangan. Hal itu tidak perlu dibimbangi. Sekian. Was salam.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih
|
||||||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 23 Julai 2011