![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
PERHIMPUNAN BERSIH 9 JULAI? |
|
|
9 July 2011 |
July |
|
|
|
Kami merakamkan pandangan gembira dan setia terhadap titah ucapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung: Kami sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia yang ingin melihat negara ini terus maju ke hadapan berbesar hati merakamkan perasaan senang atas peranan SUHAKAM yang memantau perjalanan perarakan BERSIH dan tindakan-tindakan pengawalan pihak polis Di Raja Malaysia.
Kita juga percaya pihak PDRM akan
mengawal keadaan dengan semangat khidmat yang tinggi berusaha ingin
mengekalkan keamanan, serta memastikan tiada pertumpahan darah dalam insiden
hari ini. Selesai perhimpunan hari ini, kita berharap masing-masing boleh kembali duduk semeja dan berbincang bagaimana cara terbaik menyelesaikan tuntutan-tuntutan yang wajar atas prinsip-prinsip keadilan dan hak sama rata tanpa mengusik perlembagaan yang sedia termaktub. Urusan tuntutan pilihanraya lebih bersih dan adil harus diselesaikan seumpama menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus dan tepung tidak boleh rosak. Memang kita tidak boleh memperoleh semua kerana tolak ansur merupakan intipati dalam setiap rundingan. Sehingga jam 4.00 petang hari ini nampaknya mereka yang ditangkap telah memberi kerjasama kepada polis dengan tidak mengamalkan kekerasan melawan. Pihak polis dan FRU juga nampaknya mengawal dengan baik dan hanya menggunakan meriam air untuk untuk meleraikan orang ramai, kecuali di kawasan-kawasan tertentu seperti di KL Sentral di mana Datuk Ambiga, presiden BERSIH berada. Perlembagaan dan demokrasi telah menjamin kehidupan masyarakat majmuk Malaysia sebagaimana berlangsung hingga ke hari ini. Hak-hak masing-masing kaum juga sudah dimaktubkan di dalamnya dengan jelas. Undang-undang harus ditegakkan sebagaimana sepatutnya tanpa pilih kasih. DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung tempat kita berpayung telahpun memberi pandangan secara bijaksana. Semoga Malaysia terus aman. Amiin. - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih
|
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: as aboved 2011