![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||
| LAMAN UTAMA |
Homeo-ABC...Panadol Homeopati? |
|||
|
2 July 2011 |
July |
|||
|
|
Ada pengguna bertanya kalau Homeo-ABC boleh digunakan untuk sakit perut, batuk, sesak nafas, cacing, migran, nervous, rasa sengal, dsbnya...kami kerapkali menjawab "cubalah ia bila saja penyakit itu datang, tetapi ambillah dia dengan kadar segera atau dalam tempoh sejam bagi kes-kes tertentu". Kesannya menakjubkan jika diambil dengan segera atau bagi merawat kes yang benar-benar akut. Justeru, kami menyebut Homeo-ABC sebagai panadol homeopati. Kenapa? Kerana banyak gunanya...seolah-olah ubat panadol (paracetamol) konvensional. Ramai daripada pelanggan kami cenderung menyimpan penawar ini di rumah, atau dibekalkan di dalam beg sekolah anak-anak. Mereka dilatih mengambil penawar ini dengan segera apabila merasa tidak selesa atau kemungkinan sakit. Kata mereka, "Bila anak-anak saya kena hujan, hendak selsema atau mula batuk-batuk, cepat pula ia berhenti apabila dia kemam Homeo-ABC". Cuma kita selalu pesan, "...ingatlah meskipun Homeo-ABC nampak berkesan kepada anak-anak, tetapi ia bukan penawar khusus untuk anak-anak. Sebaliknya ia adalah penawar serbaguna, serta boleh digunakan oleh sesiapa sahaja". Sila lih: Testimonial lanjut.
Pengalaman demikian banyak diperoleh dari pengedar kami yang menjualnya sejak ia mula dikeluarkan pada tahun 2001, seperti Pn. Noor Aini Ooi di Taiping (Perak), En Fahmi di Bangi (Selangor) dan KL , Ustaz Abu Hassan Azhari di Temerloh (Pahang), dan keluarga terdekat di Kota Bharu. Pengedar kami yang terkemudian tetapi agak lama juga memaklumkan cerita yang sama. Mereka ini termasuklah Cikgu Asri (Kota Bharu & Kok Lanas), En. Tajuddin (Kemaman, Terengganu), En. Redzuan (Keningau, Sabah), En. Ratman (Sarikei & Betong, Sarawak). Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pengedar kami yang setia dalam memasarkan produk Homeo-ABC, selain Active IQ dan Hi-fos. Pasarkanlah ia demi memajukan keadaan kesihatan sendiri, keluarga, rakan-kerabat dan mereka yang memerlukan. Jadikanlah Homeo-ABC sebagai bekalan sebagaimana kita simpan Panadol di rumah. Sekian. Maju homeopati untuk umat sejagat. - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih
|
||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: as aboved 2011