LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

ISU MONTAJ PERASMIAN DAN SEJARAH HOMEOPATI DALAM INTERNATIONAL CONFERENCE ON HOMEOPATHY (ICHOM) DI PWTC

oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

19 July 2011

Jun

 

 

Sama ada hadirin yang menyaksikan upacara perasmian 1st International Conference on Homeopathy yang berlangsung di PWTC tempoh hari sedar atau tidak, kandungan montaj sempena perasmian itu agak mengecewakan. Kandungannya tentang perkembangan homeopati kurang mantap dan bahagian awal bermulanya homeopati di Malaysia menimbulkan banyak persoalan.

Amat menghairankan peserta seminar apabila tokoh yang memulakan atau membawa masuk homeopati ke Malaysia dirujuk kepada M Rajah dan Dr. Burhanuddin hanya dikatakan mulai mengembangkan homeopati seawal tahun 50an. Meskipun kami boleh mempersoalkan kandungan montaj itu sendiri, tetapi saya berhasrat memperbetulkan fakta yang diselit secara sedar berkaitan bagaimana homeopati bermula.

Sepanjang saya berkecimpung dalam perubatan homeopati selama 20 tahun dan membuat kajian tinjauan literatur (literature review) sewaktu menerbitkan buku pertama saya, “Perubatan Homoeopati” dan buku-buku seterusnya, saya belum pernah menemui sebarang makalah berkenaan keterlibatan Dr. Rajah sebagai mempelopori ataupun memulakan homeopati di Malaysia atau Singapura. Jika ini benar, saya pohon pihak yang berkenaan tunjukkan bukti.

Cerita berkaitan dengan Dr. Rajah ini hanya saya temui di dalam majalah Dewan Masyarakat terbitan Disember 1969 (Rashidah Ismail. 1969. Dr. Burhanuddin Al-Helmy: Anak Melayu Pertama Mempelajari Homeopathy. Dewan Masyarakat, Disember 1969, m.s: 23) yang disiarkan sebaik sahaja selepas Dr. Burhanuddin meninggal dunia.. Di dalamnya penulis, selaku wartawan menulis:

 “Allahyarham Dr. Burhanuddin berjaya membuka sa-buah gedong perubatan Homeopathy di Simgapura dan Johor Bahru pada tahun 1937 dengan bantuan saorang doktor India, bernama Dr. Rajah. Mereka berdua berjaya menghidupkan gedung tersebut hingga tahun 1942, bila perang dunia kedua sampai ka tanah ayer kita.”

Bahkan sebelum itu, artikel berkenaan menjelaskan, “Walaupun beliau balik dari menuntut di India pada tahun 1929, ilmu perubatan Homeopathy ini telah dibawa lebih awal dari itu ka Tanah Melayu oleh orang-orang India tetapi tidak dikembangkan secara meluas.”

Artikel berkenaan tidak menjelaskan siapakah orang-orang India yang mengembangkan homeopati. Pastinya bukan Dr. Rajah seorang. Di samping itu, tiada sebarang data yang menunjukkan ada pengajaran, farmasi ataupun klinik dibuka. Apa lagi tentang persatuan homeopati, kalaulah ada atau pernah ditubuhkan.

Sementara itu, dalam esei Dr. Burhanuddin sendiri di mana beliau menulis artikel bertajuk “Sepintas Lalu Perkembangan Ilmu Perubatan” seperti yang disiarkan di dalam majalah Perubatan Homeopathy, beliau hanya menyebutkan:

“Homeopathy telah lebih 50 tahun masuk ke Malaya. Saya balik dari India tahun 1929 telah membawa pengertian Homeopathy yang telah melepaskan saya dari penyakit lelah. Tahun 1937 baharulah saya dapat bersama Prof. Dr. Rajah membuka Gedung Homeopathy di Singapura dan Johor Bahru sehingga tahun 1942. Usaha-usaha saya terhenti kerana sibuk  dengan soal pergerakan agama dan tanah air.”

Kemudian beliau menyambung, “Pada 29 Ogos 1952 saya mulakan kembali menggunakan ubat Homeopathy dengan memberikan banyak pertolongan kepada keluarga dan sahabat handai. Pada tahun 1954 suatu Angkatan Pemuda Homeopathy mula tersusun mempelajari ilmu ini setelah saya ditugaskan oleh pihak Perguruan Homeopathy International.” (Burhanuddin al-Helmy (Prof. Dr.). 1985. Sepintas Lalu  Perkembangan Ilmu Perubatan. Majalah Perubatan Homeopathy, Jilid 1, Bil. 1. ms.: 31)

Harus diingat, apabila Dr. Burhanuddin menyebut “telah membawa pengertian Homeopathy yang telah melepaskan saya dari penyakit lelah” membawa pengertian bahawa suatu penyampaian maklumat atau penerangan telah berlaku. Berita atau tulisan seperti ini tidak kedapatan di dalam mana-mana jurnal mengenai Dr. Rajah atau sesiapapun yang menjelaskan bahawa pengajaran atau penyampaian maklumat telah berlaku sebelum Dr. Burhanuddin. Semuanya adalah samar-samar atau tanpa bukti.

Saya dapati Dr. Ramlah Adam juga menggunakan rekod yang sama seperti yang saya gunakan. Saya juga pernah mennemubual (interview) Prof. Dr. Mohamad Yacob pada tahun 2002 sebagaimana Dr. Ramlah Adam (sebelumnya) apabila saya ingin menulis mengenai biografi Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Prof. Dr. Mohamad Yacob di dalam buku saya Esei-esei Milenium Baru. (Mohamed Hatta Abu Bakar. 2004. Esei-esei Milenium Baru. Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.)

Demikian juga cerita yang diutarakan di dalam tulisan Prof. Dr. Mohd Nor Nordin, tiada rekod yang jelas mengenai sumbangan Dr. Rajah selain catatan bahawa mereka berdua bekerjasama membuka gedung Homeopati bersama. Justeru adalah tidak tepat jika kita katakan bahawa Prof. Dr. Rajah membawa masuk homeopati pada tahun 1920an dan Dr. Burhanuddin mengembangkannya pada tahun 1950an. (Mohd Nor, Noordin (Prof. Dr.). 1993. Sejarah dan Falsafah  Ilmu Perubatan dan Peranan Perubatan Homoeopathy. Kertas kerja - sempena Gabungan PPHM & PHBM: 11 April.)

Jika kita mengambilkira ayat Dr. Burhanuddin bahawa “Homeopathy telah lebih 50 tahun masuk ke Malaya” berasaskan tulisan Dr. Burhanuddin yang asalnya merupakan ceramah beliau yang disampaikan sewaktu mesyuarat agung pertama Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia pada tahun 1962, maka ini bererti homeopati telahpun masuk ke Tanah Melayu pada kira-kira tahun 1912.

Jadi persoalannya, siapakah yang membawa masuk homeopati ke sini? Jawabnya, hanyalah orang-orang India yang biasa. Dr. Rajah juga tidak menyumbang lebih daripada orang-orang India yang disebutkan itu selain sekadar membuka Gedung Homeopathy. Ini adalah kerana berasaskan fakta karya bertulis, Dr. Burhanuddin tidak dinafikan telahpun membawa perubatan homeopati ke tanah Melayu sejak tahun 1929.

Saya harap perkara seumpama montaj ketika perasmian perasmian 1st International Conference on Homeopathy tidak berlaku lagi di masa akan datang. Sepatutnya kita bersepakat di dalam memperkatakan sejarah perjuangan homeopati yang dimulakan oleh Dr. Burhanuddin.

Sesungguhnya data kita cukup kuat tentang pengalaman dan kisah benar Dr. Burhanuddin al-Helmy. Dr. Burhanuddin telah meninggalkan murid-murid homeopati paling ramai dalam sejarah di zamannya. Beliau juga terbukti telah menulis beberapa artikel dan juga tidak kurang daripada 3 buah buku tentang homeopati (satu daripadanya telah saya terbitkan di dalam Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati - 2011). Cerita-cerita tentang perkembangan homeopati tidak akan sampai tanpa tulisan yang diperoleh daripada beliau sendiri tentang bantuan oleh Dr. Corea dan Dr. Edward Mac. Heyzer dalam memperkembangkan homeopati di tahun-tahun 1950an.

Apabila Dr. Burhanuddin menyatakan pada tahun 1952 beliau kembali menggunakan homeopati, ia adalah cerita terkemudian sebab pada tahun 1937 beliau telahpun membuka Gedung Homeopathy bersama Dr. Rajah. Ini juga harus membawa erti beliau telahpun mengamal homeopati semenjak di India atau sekembali dari India pada tahun 1929. Tahun 1952 merupakan starting point justeru dari tarikh itulah beliau mula mencari dan mengumpulkan murid-murid untuk mempelajari homeopati. (sila rujuk tulisan peninggalan Dr. Mohamad Nor Noordin dan buku Perubatan Homoeopati)

Harus diingat bahawa selepas berjaya mendidik 12 pelajar generasi pertama, beliau juga merupakan orang pertama menubuhkan persatuan homeopati, iaitu Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM) pada tahun 1962 yang ada sehingga ke hari ini.  Beliau juga dikatakan pernah menyuarakan mengenai amalan perubatan homeopati ini di parlimen.

Bagi saya, adalah memalukan sekiranya kita cuba mengangkat orang lain (yang tidak jelas rujukannya) sebagai pelopor homeopati di Malaysia di mana sumbangannyapun sukar dicari serta rekod yang kemas kini tidak kedapatan. Marilah sama-sama kita kembali kepada apa yang telah kita sama-sama tegakkan selama ini, iaitu pelopor dan bapa ilmu perubatan homeopati di Malaysia ialah Prof Dr. Burhanuddin al-Helmy.

Saya juga berharap pihak yang berkenaan serta mereka yang terlibat dalam sebarang penulisan sejarah perkembangan homeopati membuat pembetulan dari segi pensejarahan homeopati yang sebenar. Selain sebagai orang yang terawal mempelopori (berpandukan tinjauan literatur), sumbangan Prof Dr. Burhanuddin adalah jelas dan tiada taranya berbanding apa yang disumbangkan oleh pengamal homeopati lain sehingga ke hari ini. Dan kenyataan ini tidak harus padam daripada sejarah tanah air.

Sekian.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Cemerlang Aktif

Organon 8

Isu Pengamal Homeopati

Bersama Presiden PPHM

Buku2 ICHOM

Organon 7

Isu Montaj

Rakan EIU

1st ICHOM 2

1st ICHOM

Pre-ICHom

Organon 6

Remedi "BERSIH"

Organon 5

Organon 4

Perhimpunan Bersih

Organon 3

Organon 2

Organon 1

Kempen Derma Darah

Bagaimana Atasi Denggi

Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih

Homeo-ABC

MB RASMI MUAFAKAT

Tarif Naik Barang Naik

 

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 3 Jun. 2011