LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Edisi ke 5 dan ke 6 Organon of Medicine (Organon Perubatan) Dr. Samuel Hahnemann, Pengasas Sistem Perubatan Homeopati  (Bah. 2)

Dengan saringan dan bimbingan daripada Master Trainer: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 

8 July 2011

July

 

Pada zaman beliau, Dr. Hahnemann berhadapan dengan suatu sistem dan para doktor perubatan semasa yang tidak mempersoalkan amalan perubatan konvensional mereka. Amalan pada waktu itu banyak menggunakan purgatif, menyukarkan pesakit, penggunaan dadah dalam dos yang tinggi, bekam (juga lintah untuk mengeluarkan darah) dan merawat pesakit tanpa mengenalpasti penyakitnya dengan ubat yang tidak dipastikan kesannya. Apa yang penting, simptom penyakit disupres secara berterusan.

Cara rawatan yang sukar diterima oleh beliau dinyatakan dalam catatan beliau:

My sense of duty would not easily allow me to treat the unknown pathological state of my suffering brethren with these unknown medicines. The thought of becoming in this way a murderer or malefactor towards the life of my fellow human beings was most terrible to me, so terrible and disturbing that I wholly gave up my practice in the first years of my married life and occupied myself solely with chemistry and writing.

(http://www.gaia-therapy.com/info/homeo001.shtml)

Justeru, pada Para 2 dalam Organon Perubatan, beliau menyarankan dan memperkenalkan Amalan Perubatan yang sepatutnya diikuti. Di sini Dr. Samuel Hahnemann menyatakan:

"The highest ideal of cure is rapid, gentle and permanent restoration of the health, or removal and annihilation of the disease in its whole extent, in the shortest, most reliable, and most harmless way, on easily comprehensible principles."

atau:

"Setinggi-tinggi hemah seorang doktor itu ialah memberi kesembuhan secara menyeluruh dengan jalan yang cepat, lemah lembut, berkekalan, yang paling kurang membahayakan, menurut kaedah yang ma'kul."

Di mana di dalam buku pertama saya, "Perubatan Homoeopati", menurut terjemahan saya yang asal daripada kuliah Diploma Lanjutan The British Institute of Homoeopathy, saya nyatakan (pengertiannya masih sama) seperti berikut:

          “Cara penyembuhan yang paling ideal ialah mengembalikan  kesihatan dengan jalan yang  cepat,  lemah-lembut dan  berkekalan, atau menyembuhkan penyakit secara  keseluruhannya dalam jangka masa yang pendek, dapat  dipertanggungjawab  serta  paling  tidak memudaratkan  menurut  kaedah  yang ma’kul.” 

 

Terjemahan kandungan kuliah itu kelihatan lebih menarik. Sebab itu saya katakan bahawa saya amat menyenangi kaedah pembelajaran daripada The British Institute of Homeopathy itu. Apapun, para 2 Organon itu sebenarnya menjelaskan mengenai cara rawatan yang benar dan sepatutnya dipilih dalam amalan perubatan yang murni.

Jadi, maksud tersirat di dalam ayat berkaitan dengan cara penyembuhan yang ideal itu adalah:

Jalan yang  ‘cepat’  (rapidly) bermaksud “tanpa penangguhan  yang tidak  perlu, merugikan masa dan wang”.    Sementara  `lembut  dan ...... paling tidak memudaratkan’ memberi erti  melakukan “dengan mesra dan tanpa kesan sampingan dadah (toxic)  akibat daripada  terlampau  banyak  ubat.”

Sementara ‘berkekalan’ bermaksud “dengan tidak menekan  simptom- simptom yang memungkinkan ia muncul kembali dalam apa bentuk sekali  pun”. Ini ditekankan kerana rawatan secara menekan (suppressed) seperti dalam amalan alopati sebenarnya tidak menyembuhkan.

Seterusnya kenyataan Hahnemann mengenai ‘keseluruhan penyakit’ merujuk  kepada  “bukan satu simptomn, tetapi keseluruhan simptom- simptom.” Dan istilah keseluruhan penyakit atau keseluruhan simptom ini disebut beberapa kali di tempat-tempat yang lain dalam Organon.

Dan akhir sekali,  ‘kaedah  yang ma’kul’ dalam ayat di  atas  membawa  erti  “dengan  tidak  menggunakan  sihir  atau  kepercayaan  karut, tetapi sebaliknya hendaklah mengikut cara yang saintifik”.

Harus diingat bahawa kaedah saintifik ini didahulukan sejak dari awal lagi oleh Dr. Samuel Hahnemann. Namun saintifk itu yang dilihat pada pandangan homeopati diterbalikkan maksudnya oleh perubatan lama atau konvensional, sehingga kaedah-kaedah yang digunakan oleh homeopati itu dianggap sebagai tahyul. Tafsiran homeopati yang bukan berasaskan kebendaan (material) semata-mata sebaliknya dimomokkan oleh sekolah perubatan konvensional yang materialistik.

Demikian maksud para 2 Organon Perubatan. Dan Hahnemann memberi penegasan ini sewaktu perubatan Barat masih lagi belum mendapat cahaya kemajuan seperti yang dicapai hari ini

 

 Oleh:

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Organon 6

Remedi "BERSIH"

Organon 5

Organon 4

Organon 3

Perhimpunan Bersih

Organon 2

Organan 1

Kempen Derma Darah

Bagaimana Atasi Denggi

Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih

Homeo-ABC

MB RASMI MUAFAKAT

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 8 July. 2011