LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Edisi ke 5 dan ke 6 Organon of Medicine (Organon Perubatan) Dr. Samuel Hahnemann, Pengasas Sistem Perubatan Homeopati  (Bah. 3)

Dengan saringan dan bimbingan daripada Master Trainer: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 

9 July 2011

July

 

Para 3 Organon menerangkan bahawa seorang doktor itu dianggap benar-benar pengamal seni kesembuhan sebenar sekiranya dia faham perkara-perkara seperti apa yang boleh disembuhkan dalam penyakit bagi setiap kes individu, apa yang boleh disembuhkan oleh ubat-ubat tertentu, serta bagaimana menggunakan ubat mengikut prinsip-prinsip yang betul. Di sini dia tahu menyesuaikan apa yang menjadi penyakit bagi pesakit dengan penawar, tahu berapa dos diperlukan, tahu bila boleh diulangi dos dan juga bagaimana pula caranya menghilangkan idapan agar ia pulih sepenuhnya."

Sebenarnya, sebagai pengenalan, Hahnemann sekadar memberikan asas-asas dalam mengamal homeopati, dan belum lagi menerangkan secara terperinci. Mula-mula:

"Seorang doktor itu dianggap benar-benar pengamal seni kesembuhan dan benar-benar faham bagaimana merawat secara jitu dan rasional sekiranya dia faham perkara-perkara seperti apa yang boleh disembuhkan dalam penyakit bagi setiap kes individu (pengetahuan tentang penyakit - petunjuk), apa yang boleh disembuhkan oleh ubat-ubat tertentu (ilmu mengenai kuasa-kuasa penawar), serta bagaimana menggunakan ubat terhadap apa yang dia temui sebagai morbid dalam diri pesakit mengikut prinsip-prinsip yang betul, agar kesembuhan menyusul."

Dalam aphorisme ini, (i) kita harus tahu dengan mendalam mengenai penyakit yang dihidapi, bukan sekadar nama penyakit seperti ekzema, sendi kaki kiri begkak atau sebagainya. (ii) Kita juga harus tahu kemampuan setiap remedi yang hendak digunakan sama ada ianya berasal dari bungaan, akar pokok, mineral. Kemampuan remedi itu boleh diperoleh daripada hasil proving dan pemerhatian bukti-bukti klinikal (kalau ada).

Dan kemudiannya kita juga (iii) harus dapat mengambilguna apa yang dapat disembuhkan oleh penawar itu terhadap apa yang dikatakan sebagai penyakit di dalam diri pesakit. Untuk menyesuaikan kedua perkara ini, segala apa koleksi dari gambaran penyakit itu harus diperoleh sebagaimana koleksi gambaran simptom penawar dalam materia medika.

Selanjutnya dinyatakan oleh para Organon ini:

"Yakni bagaimana menyesuaikan apa yang menjadi penyakit bagi pesakit dengan penawar yang paling sesuai (pilihan remedi, penawar yang ditunjuki), demikian juga dari segi cara penyediaan yang tepat dan kuantiti yang diperlukan (dos yang betul), serta masa yang sesuai boleh diulangi dos."

Penjelasan ini menekankan tentang pengetahuan mengenai bagaimana memilih remedi paling sesuai berbanding pilihan remedi yang ada. Justeru, pengamal homeopati itu harus mampu mengenali dan membezakan antara remedi-remedi bagi kes-kes yang berbeza. Ilmu pengamal berkaitan penyakit (masalah pesakit) dan remedi harus seimbang, yakni sama-sama mantap.

Apabila semua itu kukuh, barulah perkara berikut menyusul. Iaitu, pengamal itu (iv) harus dapat menyediakan remedi dengan tepat sebagaimana yang diperlukan. Dalam hal ini Dr. Hahnemann mempunyai kaedah tersendiri dan tepat dalam penyediaannya (Semua ini diceritakan oleh Hahnemann dalam aphorisme-aphorisme berikutnya.)  Kuantiti dos yang hendak dipreskripsikan itu harus tepat sebagaimana tepatnya kesesuaian di antara remedi dengan pesakit tadi.

Demikian juga (v) bilakah masa paling sesuai diulangi dos itu harus ditetapkan, terutama apabila kita meminta pesakit mengambilnya semasa ketiadaan pengamal. Ulangan dos berbeza mengikut perkembangan pesakit, juga berbeza antara satu penawar dengan yang lain. (panduan boleh didapati dalam aphorisme seterusnya.)

Sebagai doktor homeopati yang sebenar, dia juga harus mengetahui bagaimana caranya menghilangkan idapan agar pesakit pulih sepenuhnya. Justeru Hahnemann seterusnya menjelaskan sebagai pengamal yang sahih, dia juga harus

"...mengetahui halangan-halangan kepada kesembuhan dalam setiap kes dan sedar bagaimana membuangnya - agar dengan itu pemulihan menjadi kekal."

Sebagai homeopath, dia bukan sahaja harus mengenali apa itu "halangan-halangan kesembuhan", sebaliknya dia juga mampu memberi maklum balas kepada pesakit mengenai halangan-halangan itu dan cara-cara membuangnya. Ini termasuk pantang larang berkaitan makanan, keadaan environmen, masalah kekeluargaan dan sebagainya.

Sekian. (saya sarankan anda membaca perbincangan dalam internet berkaitan perkara ini. Lihat medicinegarden.com)

 

 Oleh:

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Organon 6

Remedi "BERSIH"

Organon 5

Organon 4

Perhimpunan Bersih

Organon 3

Organon 2

Organan 1

Kempen Derma Darah

Bagaimana Atasi Denggi

Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih

Homeo-ABC

MB RASMI MUAFAKAT

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 9 July. 2011