LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE- Virtual consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Edisi ke 5 dan ke 6 Organon of Medicine (Organon Perubatan) Dr. Samuel Hahnemann, Pengasas Sistem Perubatan Homeopati -  (Aphorisme 4: Pengamal Harus Tahu...)

Dengan saringan dan bimbingan daripada Master Trainer: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 

10 July (Ahad) 2011

July

 

Bahagian seterusnya kita dimaklumkan bahawa sebagai pengamal kita harus tahu apakah yang boleh menyebabkan timbulnya penyakit. Kemudiannya bagaimana pula membuang penyakit itu. Mengalih "halangan kesembuhan" yang dibicarakan dahulu mungkin merupakan satu daripada usaha membuang sebab timbulnya sesuatu penyakit.

Hahnemann menyatakan pada para ini seperti berikut:

 "He is likewise a preserver of health if he knows the things that derange health and cause disease, and how to remove them from persons in health."

Atau:

"Dia juga harus tahu mengenai apa-apa yang boleh mengganggu kesihatan seperti tata-cara penjagaan kesihatan dan kebersihan yang boleh membawa kepada kehadiran penyakit, begitu juga dia harus tahu bagaimana membuang punca yang menyebabkan sakit itu."

Orang yang merawat dan menjadi tempat rujukan harus tahu apakah tata-cara menjaga kesihatan dan kebersihan supaya kekal sihat. Jika ini diketahui, apa-apa yang mengalih seseorang kepada keadaan tidak sihat itu boleh dilihat dengan jelas.

Amalan merokok, pemakanan tidak seimbang atau tidak bervitamin, pengambilan dadah, gangguan emosi, keadaan trauma, bahkan miasma mungkin menjadi penyebab kepada kesihatan seseorang terganggu dan seterusnya mendapat penyakit. (atau berterusan diganggu sakit)

Jika rawatan homeopati diberi tetapi amalan ini masih diamalkan oleh pesakit (atau gangguan itu tidak diketepikan), besar kemungkinan kesihatan yang lebih berkekalan tidak akan tercapai.

Adalah menjadi tanggungjawab pengamal untuk menyiasat dan mengetahui perkara seumpama ini justeru apabila punca penyakit ini dibuang barulah tenaga hayat dapat menjalankan fungsinya ke arah kesembuhan.

Wa Llahu 'a'lam.

 

 Oleh:

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Organon 8

Isu Pengamal Homeopati

Bersama Presiden PPHM

Buku2 ICHOM

Organon 7

Isu Montaj

1st ICHOM 2

1st ICHOM

Pre-ICHom

Organon 6

Remedi "BERSIH"

Organon 5

Organon 4

Perhimpunan Bersih

Organon 3

Organon 2

Organon 1

Kempen Derma Darah

Bagaimana Atasi Denggi

Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih

Homeo-ABC

MB RASMI MUAFAKAT

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 10 July. 2011