LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE- Virtual consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Edisi ke 5 dan ke 6 Organon of Medicine (Organon Perubatan) Dr. Samuel Hahnemann, Pengasas Sistem Perubatan Homeopati  (Aphorisme 6: Pemerhati yang tidak prejudis..)

Dengan saringan dan bimbingan daripada Master Trainer: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 

13 July 2011

July

 

 

Para 6 Organon of Medicine: 

 "The unprejudiced observer - well aware of the futility of transcendental speculations which can receive no confirmation from experience - be his powers of penetration ever so great, takes note of nothing in every individual disease, except the changes in the health of the body and of the mind (morbid phenomena, accidents, symptoms) which can be perceived externally by means of the senses; that is to say, he notices only the deviations from the former healthy state of the now diseased individual, which are felt by the patient himself, remarked by those around him and observed by the physician. All these perceptible signs represent the disease in its whole extent, that is, together they form the true and only conceivable portrait of the disease."1

Pada para 6, Dr. Samuel Hahnemann memulakan ayat dengan "Pemerhati yang tidak predjudis". ("Pemerhati yang tidak prejudis - yang sedar mengenai spekulasi sia-sia dan tiada pengesahan dari pengalaman - ) Apakah maksud beliau dengan "pemerhati yang prejudis" (yang tersirat) jika beliau secara langsung merujuk kepada pemerhati yang tidak prejudis?

Secara umumnya mereka yang prejudis mungkin terdiri dari kalangan mereka yang berprasangka justeru berbeza jantina, berlainan agama, tidak sebangsa atau seumpamnya. Saya percaya anda semua bersetuju jika mereka yang mempunyai prejudis seperti ini sejak daripada awal lagi bukan pengamal homeopati yang dikehendaki. Bahkan Hahnemann tidak sedikitpun merujuk para 6 ini kepada maksud itu.

Apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Dr. Hahnemann di sini ialah pemerhati yang prejudis mungkin mempunyai minda yang tidak terbuka atau tidak mengikut panduan Organon. Dia cenderung mengikut kepercayaan atau ilmu sedia ada, bergantung kepada teori-teori tertentu (seperti alopati), dia juga mungkin terikat dengan remedi-remedi tertentu sahaja, atau dia mungkin juga terikat dengan sebab-sebab khusus terjadinya sesuatu penyakit. Jika ini berlaku maka pengamal itu pasti terlibat dengan spekulasi yang cenderung kepada bias (pandangan/keputusan yang menyimpang).

Kerana itu, pengamal atau pemerhati yang tulin tidak akan cepat-cepat membuat keputusan atau menyelit ketika pesakit menceritakan masalah mereka. Contohnya, pesakit baru saja cuba menceritakan akan ketakutan kepada keadaan kegelapan. Lantas kita (yang selalu mengambil kes atau berpengalaman tentang ketakutan kepada peragut atau tinggal bersendirian) memotong cerita itu dengan mengambil butiran takut sahaja atau menghubungkan dengan ketakutan mengikut pengalaman kita. Ini yang tidak betul. Kita sepatutnya atau seharusnya bersifat terbuka dan mendengar cerita itu sebagaimana yang sebenar berlaku ke atas diri pesakit.

Seterusnya dalam Para 6 ini, Hahnemann mengingatkan tentang pentingnya melihat simptom itu secara keseluruhan kerana kesemua tanda-tanda yang dapat ditanggap itu, yang merupakan perubahan terhadap kesihatan tubuh dan minda, itu sajalah yang mewakili penyakit. Kata Hahnemann:

"Pemerhati yang tidak prejudis - yang sedar mengenai spekulasi sia-sia dan tiada pengesahan (bukti) dari pengalaman - tidak melihat sesuatu yang lain selain daripada perubahan kesihatan tubuh dan minda individu yang sakit, yang hanya dapat ditanggap oleh pancaindera yang rasional; yakni beliau hanya memberi perhatian kepada penyimpangan (perubahan) daripada keadaan kesihatan individu yang dijangkiti yang boleh dirasakan oleh pesakit, tampak jelas oleh orang sekeliling dan diperhatikan oleh doktor. Kesemua tanda-tanda yang dapat ditanggap ini menggambarkan penyakit dalam rupanya yang menyeluruh, atau dalam kata lain, keseluruhan tanda-tanda itu membentuk rupa diri penyakit yang boleh ditanggap dan jitu."

Jika kita dapat membuang semua prasangka dan sebarang spekulasi atau teori-teori manusia, kita kosongkan minda kita, kita pasti dapat menumpukan kepada perubahan yang dikehendaki sama ada fizikal maupun minda/mental atau emosi. Dan perubahan ini pastinya dapat dicerap sama ada oleh:

  • pesakit itu sendiri

  • persekitaran atau orang sekitarnya, dan

  • doktor itu sendiri

Perubahan yang terkeluar atau dipamerkan oleh simptom-simptom secara keseluruhan inilah yang merupakan penyakit dalam rupanya secara menyeluruh. Hahnemann bertanya 'bukankah penyakit itu entiti simptom-simptom yang kita dapat alami menerusi deria (melihat, merasa, mendengar, membau) kita'?. Kerana menurut beliau, tenaga hayat (vital force) itu selamanya tidak akan dapat dilihat oleh sesiapapun. Hanya deria itulah tempat kita bergantung untuk mendapatkan maklumat berkaitan penyakit, selain daripada penyiasatan.

Malang sekalilah kita kerana hingga ke hari inipun pencarian persekolahan lama tidak ada henti-hentinya... kerana mereka mencari 'prima causa morbi' (penyebab sebenar suatu penyakit), sedangkan mereka telah membutakan penglihatan mereka untuk melihat semua simptom yang tampak jelas itu.

Inilah yang Dr. Hahnemann mempersoalkan di dalam nota kakinya di mana beliau hairan bagaimana para doktor boleh menyembuhkan penyakit atau berpura-pura mampu menyembuhkannya tanpa memberi perhatian kepada simptom-simptom sedangkan simptom-simptom itulah yang memimpin kita semua dalam usaha merawat dan menyembuhkan pesakit.

Bagi beliau, seorang doktor tidak akan sekali-kali dapat melihat makhluk rohani yang menghasilkan penyakit iaitu tenaga vital (vital force), kerana itu tanpa panduan simptom-simptom mereka tidak akan dapat menemui remedi yang betul. Lantas bagaimanakah mereka boleh mendakwa cara itu sajalah boleh digelar rawatan yang radikal dan rasional.

 

 Oleh:

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Cemerlang Aktif

Organon 8

Isu Pengamal Homeopati

Bersama Presiden PPHM

Buku2 ICHOM

Organon 7

Isu Montaj

Rakan EIU

1st ICHOM 2

1st ICHOM

Pre-ICHom

Organon 6

Remedi "BERSIH"

Organon 5

Organon 4

Perhimpunan Bersih

Organon 3

Organon 2

Organon 1

Kempen Derma Darah

Bagaimana Atasi Denggi

Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih

Homeo-ABC

MB RASMI MUAFAKAT

 

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: as aboved 2011