LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE- Virtual consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Edisi ke 5 dan ke 6 Organon of Medicine (Organon Perubatan) Dr. Samuel Hahnemann, Pengasas Sistem Perubatan Homeopati  (Aphorisme 7: Simptom-simptom secara keseluruhan menjadi prinsip.)

Dengan saringan dan bimbingan daripada Master Trainer: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 

14 July 2011

July

 

 

Sebagai lanjutan dari Para 6, Dr. Hahnemann seterusnya mengingatkan bahawa hanya menerusi pengenalan simptom-simptom sajalah remedi bagi penyakit dapat ditemui. Lebih-lebih lagi jika diketahui keseluruhan simptom, iaitu gangguan-gangguan kepada kuasa hayat yang menentukan remedi paling seraksi, maka dapatlah penyakit itu disembuhkan. Kerana itu pengamal itu harus berpegang dan mengambil perhatian sungguh-sungguh kepada prinsip ini supaya dia dapat membuang penyakit menerusi seni kesembuhan homeopati ini.

Dalam para 7 Organon of Medicine, Dr. Samuel Hahnemann menyebut:

 "Now, as in a disease, from which no manifest exciting or maintaining cause (causa occasionalis) has to be removed 1, we can perceive nothing but the morbid symptoms, it must (regard being had to the possibility of a miasm, and attention paid to the accessory circumstances, 5) be the symptoms alone by which the disease demands and points to the remedy suited to relieve it - and, moreover, the totality of these its symptoms, of this outwardly reflected picture of the internal essence of the disease, that is, of the affection of the vital force, must be the principal, or the sole means, whereby the disease can make known what remedy it requires - the only thing that can determine the choice of the most appropriate remedy - and thus, in a word, the totality 2 of the symptoms must be the principal, indeed the only thing the physician has to take note of in every case of disease and to remove by means of his art, in order that it shall be cured and transformed into health."

Maksud beliau boleh diterjemahkan sebagai:

"Sekarang sebagaimana dalam suatu kes penyakit di mana tiada penyebab yang merangsang zahirnya [penyakit] (causa occasionalis) perlu dibuang, kita tidak dapat menanggap apa-apa melainkan simptom-simptom morbid - maka sudah pasti (dengan mengambilkira kemungkinan miasma, 5) hanya simptom-simptom ini sahajalah yang dapat memandu doktor dalam memilih remedi yang tepat bagi melawan penyakit. Lagipun, keseluruhan simptom-simptom, yang merupakan imej kepada gambaran intipati penyakit, yakni yang menjangkiti tenaga hayat, mestilah menjadi kaedah satu-satunya dalam mengenali penyakit dan menentukan jenis remedi yang diperlukan - bahkan hanya cara ini juga yang menentukan pilihan remedi paling tepat".

Di sini terdapat beberapa bahagian yang perlu diberi perhatian. Pertama kalau ada penyebab atau agen yang menyebabkan sakit, kedua ialah peringatan tentang miasma (seperti dalam para 5 dahulu), kemudian barulah intipati Aphorisme 7 yang berkaitan dengan hubungan antara penyakit dan keseluruhan simptom serta remedi yang sesuai.

Jikalau ada bahan daripada luar yang menjadi penyebab, maka ia mestilah dikeluarkan. Umpamanya serpihan kayu atau duri yang mencucuk, benda asing di dalam mata, ikatan kain yang terlalu ketat sehingga menyekat pengaliran darah atau bau-bauan dari bunga sehingga menyesakkan serta boleh menyebabkan sinkop.

Kent memberi ulasan di dalam"Lectures on Homoeopathic Philosophy" bahawa tindakan membuang sebab-sebab eksternal itu sudah mencukupi untuk membantu pesakit sembuh. Kalau kayu yang menusuk dibuang, lama-kelamaan rasa sakit akan mula hilang dan dalam beberapa hari luka akan sembuh sendiri. Tetapi mungkin bagi sesetengah individu, ada kecenderungan kesembuhan itu agak lambat disebabkan komplikasi atau keadaan tenaga hayat pesakit.

Bagi pesakit yang mengalami kesukaran untuk pulih, mereka harus dibantu dengan penawar homeopati. Jika tiada komplikasi yang sukar, mungkin luka yang lambat sembuh itu boleh dibantu dengan Ledum. Jika kelewatan sembuh itu ada kaitan dengan masalah lain seperti diabetes atau melarat dengan simptom sampingan, penawar yang lebih sesuai perlu dicari.

Sebaliknya dalam keadaan di mana kesembuhan tidak berlaku, dan siasatan menunjukkan pesakit mempunyai masalah miasma (miasm), sesi rawatan mungkin perlu dilanjutkan dengan rawatan remedi yang lebih seraksi.

Nota 1 para 7 diulas dengan panjang oleh Hahnemann berkaitan perlunya bahan eksternal itu dikenalpasti, dan diambil tindakan segera. Jika perlu, pembedahan patut dilakukan bagi membuang benda asing, kerana kewujudan benda-benda itu telah mendatangkan penyakit. Demikian juga jika penyakit individu itu dirangsang oleh makanan tertentu, saranan untuk tidak memakan bahan-bahan perangsang itu harus disyorkan. Jika tidak, pesakit sukar disembuhkan.

Dalam membuat rawatan itu pula, mestilah diingat bahawa keseluruhan simptom-simptom adalah cermin kepada intipati penyakit yang menjangkiti tenaga hayat. Justeru, Hahnemann menekankan bahawa usaha mendapatkan keseluruhan simptom harus menjadi keutamaan. Dari situ, kita dapat mengenali penyakit dan seterusnya menentukan jenis remedi yang diperlukan. Tegasnya, hanya simptom-simptom ini (secara keseluruhan) sahajalah yang dapat memandu doktor dalam memilih remedi yang tepat bagi melawan penyakit.

Sambungan para 7 seterusnya:

"Dalam ertikata lain, kita boleh simpulkan bahawa simptom-simptom secara keseluruhan mestilah menjadi prinsip, malahan satu-satunya perkara yang si doktor itu harus memandang penting dalam setiap kes penyakit dan yang perlu dihilangkan menerusi seni (kesembuhan homeopati) supaya penyakit itu dapat disembuhkan dan dirubah kepada keadaan sihat."

Hahnemann memberi kritikan pedas terhadap mereka yang merawat berpandukan satu simptom sahaja. Ini dilakukan pada nota 2 para yang sama. 

Mereka yang merawat secara demikian selalunya melakukan pembenaman (suppression). Kesan awal apa yang disebutkan sebagai symptomatic treatment ini nampak melegakan, tetapi hakikatnya penyakit itu akan bertambah parah.

Lantaran itu, kita harus memahami betul-betul apa yang dimaksudkan dengan keseluruhan simptom. Satu simptom sekadar sebahagian daripada gambaran penyakit sebenar. Keseluruhan simptom umpama cantuman kesemua anggota badan (bukan sekadar sebelah kaki atau ibu jari atau sepasang mata) yang membentuk seorang manusia.

 

 Oleh:

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Cemerlang Aktif

Organon 8

Isu Pengamal Homeopati

Bersama Presiden PPHM

Buku2 ICHOM

Organon 7

Isu Montaj

Rakan EIU

1st ICHOM 2

1st ICHOM

Pre-ICHom

Organon 6

Remedi "BERSIH"

Organon 5

Organon 4

Perhimpunan Bersih

Organon 3

Organon 2

Organon 1

Kempen Derma Darah

Bagaimana Atasi Denggi

Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih

Homeo-ABC

MB RASMI MUAFAKAT

 

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: as aboved 2011