![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE- Virtual consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
Edisi ke 5 dan ke 6 Organon of Medicine (Organon Perubatan) Dr. Samuel Hahnemann, Pengasas Sistem Perubatan Homeopati (Bah. 8: Buang natijahnya...terhapuslah penyakit) Dengan saringan dan bimbingan daripada Master Trainer: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. |
|
|
30 July 2011 |
July |
|
|
|
Selepas menerangkan peri pentingnya 'simptom-simptom secara keseluruhan' dalam amalan perubatan, Dr. Samuel Hahnemann berhasrat untuk menjelaskan bahawa membuang keseluruhan simptom itu samalah dengan membuang penyakit secara keseluruhan. Ini adalah disebabkan 'keseluruhan simptom' itu merupakan ekspresi dari gangguan dinamik dalaman tenaga vital (vital force). Tegasnya, jika kesemua simptom-simptom yang dizahirkan pesakit itu hilang, secara tabiinya ia bermakna penyakit dalaman pesakit turut terhapus. Penerangan lanjut seumpama itu telah juga diberikan oleh James Krauss ketika memberi kata Pengenalan ke atas Edisi ke Enam Organon dalam ayat Cessat Effectus Cessat Causa yang membawa maksud 'buang kesan-kesannya dan kamu turut menghapuskan penyakit, iaitu punca kepada natijah itu'. Dalam para 8 ini, kata Hahnemann: "It is not conceivable, nor can it be
proved by any experience in the world, that, after removal of all the
symptoms of the disease and of the entire collection of the perceptible
phenomena, there should or could remain anything else besides health, or
that the morbid alteration in the interior could remain uneradicated.(5)" Maksudnya, "Jika kesemua simptom-simptom penyakit telah berjaya dibuang atau dihilangkan, sudah pasti yang tinggal itu hanyalah "sihat sejahtera". Tidak mungkin lagi dapat dikatakan penyakit masih ada apabila punca dan kesan-kesan penyakit itu sudah tiada." Namun para doktor persekolahan lama masih tetap mengatakan bahawa "homeopati hanya boleh membuang simptom-simptom, sedang di dalamnya masih ada penyakit". Sejak dahulu sehingga kini alopati masih berpendirian demikian. Hal ini timbul justeru (i) jika mereka terima hakikat itu, ia akan pasti memalukan sekolah perubatan lama, memandangkan progres yang ditunjukkan oleh homeopati demi kebajikan manusia sejagat sudah terlalu jauh. Selain itu, ia juga disebabkan (ii) mereka cuba mempertahankan kepercayaan doktor alopati bahawa penyakit itu adalah sesuatu yang material. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa penyakit itu hadir kerana tenaga hayat (vital force) telah mendapat gangguan atau sebagai satu keadaan di mana kedudukan kesihatan individu sudah mengalami perubahan. Disebabkan kepercayaan itu mereka tidak yakin kesembuhan sudah tercapai melalui kaedah perubatan homeopati, walaupun pesakit telah pulih dan semua simptom-simptom yang kelihatan sebelumnya telahpun lenyap.
Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
|
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: as above 2011