LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

REMEDI KE PERHIMPUNAN BERSIH ?

12 July 2011

July

 

Kalau kita ke sekolah, kita boleh bawa mana-mana penawar minda yang ada di pasaran. Active IQ adalah salah satu daripadanya. Pilihannya mungkin justeru telah ada testimonial sebagai bukti dan harganya pula murah. Apa lagi bila botolnya kecil dan mudah dibawa.

Untuk ke sekolah atau ke mana-mana saja, kita juga harus tidak lupa membawa Aconite atau Homeo-ABC di mana Aconite adalah salah satu penawar yang terkandung di dalamnya. Untuk sebarang sakit demam atau kemalangan yang melanda secara tiba-tiba kita boleh memulakan rawatan awal dengan penawar itu.

Tetapi jika kita pergi mengembara, berjalan jauh ke hutan atau ke suatu perhimpunan seumpama BERSIH, kita harus menjangka akan kemungkinan dugaan yang bakal dihadapi. Kalau ke perhimpunan yang besar seperti yang baru saja dialami oleh mereka yang berhimpun di ibu kota itu, bolehlah kita senaraikan kemungkinan-kemungkinan berikut:

Jauh berjalan, akan penat dan keletihan. Orang bertumpu ramai dan kemungkinan pergaduhan, terjatuh, berlanggar, terluka  atau tercedera, sama ada kena pukul atau terhantuk tidak sengaja. Ada yang mungkin kelemasan, kena asap atau tidak tahan kena semburan air. Ada yang terkena gas pemedih mata, yang boleh menyebabkan rasa pedih, gatal, menyucuk-nyucuk, kemerahan atau berair.

Seperti yang selalu kita bawa sebagai bekal first-aid, kami akan menyarankan individu itu membawa penawar Aconite, Arnica (pil & losyen), Calendula atau Hypericum (pil @ losyen), Belladonna, Ruta grav., Apis mel., Natrum mur., Rhus tox, dan Symphytum. Mungkin ada yang sesak nafas, pucat, pitam. Jika begitu, kita boleh tambah penawar Rescue Remedy Dr. Bach., Arsen. alb., Carbo veg.

Di samping itu, jangan lupa bawa pembalut luka, elastoplas atau semua peralatan pertolongan cemas biasa. Jangan lupa minyak angin. Dalam homeopati, mungkin kita boleh guna Anagesic ointment keluaran Fr. Mullers.

Dan sekiranya kita tergesa-gesa hendak ke tempat berisiko itu, boleh saja bawa Homeo-ABC (di dalamnya ada 3 penawar termasuk Aconite & Belladonna). Semua kes akut boleh dimulakan dengan penawar Homeo-ABC itu. Kecederaan dan kepenatan pun masih boleh guna ABC. Kalau tidak, (atau tersangat lemah, sakit-sakit dalam otot/tulang), boleh ambil Hi-Fos (di dalamnya ada penawar Kali phos, Symphytum dan Ruta grav.)

Wa Llahu a'lam.

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Cemerlang Aktif

Organon 8

Isu Pengamal Homeopati

Bersama Presiden PPHM

Buku2 ICHOM

Organon 7

Isu Montaj

Rakan EIU

1st ICHOM 2

1st ICHOM

Pre-ICHom

Organon 6

Remedi "BERSIH"

Organon 5

Organon 4

Perhimpunan Bersih

Organon 3

Organon 2

Organon 1

Kempen Derma Darah

Bagaimana Atasi Denggi

Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih

Homeo-ABC

MB RASMI MUAFAKAT

 

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: as aboved 2011