LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

ISU PENGAMAL HOMEOPATI?

29-30 July 2011

July

 

Baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa di Malaysia, hanya terdapat tiga orang doktor perubatan (medical doctors) yang mengamal homeopati. Apakah ini suatu apologi?  Tanpa menolak hakikat itu (dan kepentingan ilmu berkaitan dengan dominasi sains), kita juga ingin bertanya :

Apakah itu suatu kelemahan yang teramat sangat di kalangan pengamal sedia ada meskipun sudah lebih 60 tahun homeopati bertapak di Malaysia?

Apakah para pengamal homeopati yang tidak mempunyai latar belakang doktor perubatan alopati tidak mampu membuat diagnosis homeopati (konsultasi) dan seterusnya memberi kesembuhan kepada pesakit?

Adakah kekurangan dalam memperoleh ijazah kedoktoran konvensional meletakkan mereka setaraf dengan amalan perbomohan (bagi pengamal homeopati tulen) dan pengamal tradisional jampi mantera?

Adakah para doktor yang mahir mengenai vital organ lebih baik daripada pengamal yang mahir dalam mengendalikan vital force? Atau adakah kejayaan merawat vital organ itu lebih baik daripada kejayaan dalam mengembalikan keseimbangan vital force?

Apakah dalam sejarah homeopati, Dr. Hahnemann menyanjung doktor perubatan alopati dan memuji amalan suppression?

Pernahkah Dr. Hahnemann menyatakan berguru untuk mendapat ijazah kedoktoran konvensional menjadi prasyarat kepada menjadi seorang pengamal homeopati tulen atau yang berjaya?

Apakah kelebihan doktor perubatan konvensional alopati berbanding seorang pengamal homeopati yang tekun merawat dan berjaya mengembalikan sakit kepada sihat sebagaimana yang dikehendaki?

Apakah tanpa ijazah kedoktoran konvensional maka sumbangan para pengamal homeopati tulen sebelum ini menjadi nihil atau boleh dinafikan?

Lebih jauh lagi, apakah dalam usaha untuk mengamal homeopati kita harus mendapat pengesahan daripada institusi yang didominasikan oleh para doktor perubatan konvensional?

Justeru perubatan homeopati tidak menjadi perubatan arus perdana, maka apakah pesakit harus dinafikan daripada menerima rawatan pilihan mereka (jika mereka memilih homeopati) berbanding rawatan konvensional (atau rawatan daripada doktor konvensional), medical doctors?

Dan...

Siapakah yang lebih memahami hakikat sistem perubatan homeopati pada waktu kini? Apakah doktor perubatan konvensional yang tidak tahu/yang baru (mualaf) ataukah pengamal perubatan homeopati yang tidak berlatar belakangkan perubatan konvensional?

Di mana para doktor perubatan konvensional ketika Dr. Burhanuddin memulakan amalan dan memperkembangkan sistem perubatan homeopati di Malaysia? Dan siapakah yang lebih dahulu sedar tentang perlunya kita merawat pesakit secara holistik?

Bagaimanakah para doktor boleh menerima hakikat sistem perubatan homeopati sekiranya mereka masih tetap meletakkan kepercayaan ke atas semata-mata sains (yang material sahaja)? Tidakkah sebahagian besar dalam amalan homeopati ialah seni kesembuhan (the art), di mana di dalamnya harus yakin kepada bahagian immaterial yang ditentang hebat oleh sains Barat?

Juga mungkin.. sehingga hari ini.. sejauh mana kepercayaan/keyakinan doktor konvensional tentang high potencies dan kemampuannya merawat pesakit? Seperti juga, sejauh mana mereka boleh berhenti daripada memikirkan penyakit itu berpunca semata-mata daripada bakteria, virus dan segala benda halus yang tampak menerusi mikroskop? Sudahkah boleh mereka terima kenyataan bahawa itu semua sekadar kesan daripada kehadiran penyakit (ketidak seimbangan vital force) dan bukan sebaliknya?

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Cemerlang Aktif

Organon 8

Isu Pengamal Homeopati

Bersama Presiden PPHM

Buku2 ICHOM

Organon 7

Isu Montaj ICHOM

Rakan EIU

1st ICHOM 2

1st ICHOM

Pre-ICHom

Organon 6

Remedi "BERSIH"

Organon 5

Organon 4

Perhimpunan Bersih

Organon 3

Organon 2

Organon 1

Kempen Derma Darah

Bagaimana Atasi Denggi

Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih

Homeo-ABC

MB RASMI MUAFAKAT

 

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: as aboved 2011