LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

MB TERENGGANU TAMU BADAN MUAFAKAT MRSM?

26 Jun 2011

Jun

 

 

Hari Jumaat 24 Jun terdapat satu majlis penuh makna bagi mereka yang menjadi anggota Badan Muafakat Kebangsaan atau Badan Muafakat mana-mana MRSM di Malaysia. Ini adalah kerana majlis makan malam dan makan minum sepanjang mesyuarat agung Badan Muafakat MRSM dan Kolej MARA pada tahun 2011 ditaja sepenuhnya oleh Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Said.

Majlis bermula pada jam 8 malam dengan kehadiran semua Yang Dipertua Badan-Badan Muafakat MRSM/Kolej MARA/KPM, Pengetua MRSM / Pengarah KM/KPM, wakil-wakil JawatanKuasa Muafakat masing-masing dan Jawatankuasa Badan Muafakat Kebangsaan. Barisan utama yang menyambut Menteri Besar ialah Tn Hj Hassan Ahmad (YDP Muafakat Kebangsaan), Tn Hj Rahim Ghani (TKP Pendidikan MARA) dan Tn Hj Saroni Kasmani (Pengarah BPLM).

Di dalam majlis itu, selepas ucapan daripada YDP Muafakat Kebangsaan, ucaputama oleh YAB Dato Seri Hj Ahmad bin Said telah menyentuh beberapa isu khususnya berkaitan dengan pembentukan budaya, perkembangan pelajaran dan kemajuan sukan di Terengganu.

Beliau bergembira kerana sukan di Terengganu begitu maju hasil daripada latihan dan ganjaran-ganjaran yang diberikan bagi menggalakkan peningkatan pencapaian bidang sukan oleh atlet Terengganu. Pencapaian Terengganu dalam Sukan Malaysian (SUKMA) selama tiga tahun dan kejayaan Terengganu dalam sukan bola sepak mengalahkan Kelantan dalam Piala FA 2011 baru-baru ini adalah di antara ukuran pencapaian yang disebut.

Beliau juga menjelaskan betapa rakyat Kelantan merupakan antara mereka yang begitu menghargai bidang pendidikan sehinggakan walau betapa susah sekalipun kehidupan mereka, mereka tetap berusaha menyekolahkan anak-anak mereka supaya berjaya dalam bidang pendidikan. Biarpun mereka menyara hidup dengan bersawah padi atau menjadi nelayan, mereka mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama dan ke institusi pengajian tinggi.

Hasilnya, pada hari ini kebanyakan anak-anak Kelantan membanjiri kebanyakan institusi pendidikan tinggi, mengisi banyak jawatan-jawatan di negeri-negeri lain, berdaya saing dalam perniagaan dan membawa pulang hasil yang lumayan. Justeru beliau telah memperuntukkan belanja yang besar di bidang pendidikan.

Menurut beliau, Terengganu telah memberikan peruntukan paling besar berbanding negeri-negeri lain dalam memajukan pendidikan, bermula dari sekolah rendah hingga ke pendidikan universiti. Justeru, Terengganu telah berjaya berada di kedudukan teratas dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Hadiah-hadiah yang lumayan juga disediakan kepada individu yang berjaya dalam peperiksaan berkenaan.

Kerana itu juga, katanya, "Meskipun Perak dan negeri-negeri lain meletakkan sasaran PMR, SPM no satu, tetapi Terengganu tetap pegang tempat pertama."

Oleh kerana beliau mempunyai program lain pada malam itu, maka beliau tidak dapat bersama untuk makan malam dengan sekalian yang hadir. Namun demikian beliau sempat menyampaikan pesan supaya semua yang hadir menyokong UMNO kerana kerajaan UMNOlah yang menaja Majlis Makan Malam dan Mesyuarat Agung Muafakat kali ini.

Apa sekalipun pandangan hadirin, jelas sekali Dato Seri Hj Ahmad Said merupakan seorang yang petah bercakap dan ucapan beliau penuh dengan penjelasan fakta dan angka meskipun kami tidak sempat memetik kesemuanya di sini.

 

Sekian.

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

MB RASMI MUAFAKAT

Majlis Konvo PMC

Temuramah Homeopati

Isu Kartun Utusan

Murtad di Malaysia

Mengapa harus reaktif?

Piala FA Milik Terengganu

Kos Hidup Tinggi, Negara Berkebajikan

Isu Panas Khir Toyo

Konferens Internasional Homeopati

Juara Bina Badan

Harga Barang Naik Lagi

Tarif Naik Barang Naik

 

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 26 Jun. 2011