LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

HARGA BARANG NAIK LAGI?

3 Jun 2011

Jun

 

 

Kita tidak perlu terkejut dengan kenyataan baru atau sebarang pendedahan tentang sebab atau punca asal kenapa kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik. Kitapun tidak akan sangat terkejut jika tiba-tiba kerajaan ingin menaikkan harga RON95 maupun menghapuskan produk itu dari pasaran Malaysia. (Kitapun tidak harus terkejut atau marah-marah bila kenyataan Ani Arope keluar lagi dalam the Malaysian Insider, @ KL-Today)

Apabila ura-ura menaikkan tarif elktrik dan harga minyak hangat di dada akhbar, peniaga sudahpun berkira-kira untuk meletakkan harga baru bagi barangan dan perkhidmatan mereka. Dua hari selepas tarikh kenaikan tarif elektrik, apabila kita ke kedai ataupun ke restoran, kita sebagai rakyat sudah menikmati harga baru. Harga yang nyata sekali mengurangkan kuasa beli pengguna dan menjadikan kita sebagai rakyat marhaen bertambah miskin berbanding pendapatan yang sama minggu sebelumnya.

Inilah transformasi pertama kesan kenaikan tariff elektrik. Kalau dulu ayam mentah boleh dibeli pada harga RM4.50, minggu lepas RM6.50, hari ini sudah RM7.90 di beberapa lokasi. Dan di salah sebuah restoran di Kota Bharu (kebetulan saya pulang bercuti), ayam percik yang dulunya dibeli pada harga RM9.50, semalam saya beli pada harga RM13.00. Kalau dulu dengan RM5.00 boleh beli mee sepinggan dan kopi kaww, sekarang jangan cuba memesan kalau tak ada wang merah dalam saku.

Percayalah kebanyakan barang-barang yang naik harga, baik ianya gula, beras, minyak, susu, teh, tomato, gas, tambang, kain ela atau apa saja barangan dan perkhidmatan selain daripada minyak mempunyai risiko yang besar tidak kembali pada parasnya yang normal. Tetapi seperti biasa, minyak dunia boleh kembali kepada harga sebelumnya apabila perang selesai, politik stabil dan ekonomi berada dalam tahap yang baik. (...habis mengapa kita harus berkeluh kesah dengan perubahan bermusim itu dan terlalu cepat gawat untuk menambahkan beban rakyat...).

Sebelumnya,dalam KL-Today, kami ingin memetik, "Penarikan balik subsidi gula oleh kerajaan pemerintah kononnya mahu menjimatkan tanggungan sebanyak RM 116.6 juta disambut hambar oleh rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Rakyat dimomokkan dengan alasan yang sama iaitu, harga gula di negara ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Bukan itu sahaja rakyat seolah- olah ‘dihadiahkan’ dengan perkhabaran baru dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa harga bahan bakar termasuk RON95 akan dikaji semula bulan hadapan, yang berkemungkinan akan naik lagi.

Kononnya, "..rakyat harus memikirkan ‘manfaat’ yang bakal diperolehi jika kerajaan pemerintah berjaya mengurangkan bebanan kewangan umpamanya pembinaan sekolah, jalan- jalan kampung, projek perumahan rakyat dan sebagainya." (http://www.kl-today.com/2011/05/harga-barang-naik-rakyat-terus-terhimpit/)

Kita sebagai rakyat akan tetap menanggung akibat daripada sebarang keputusan pihak berkenaan. Ahli ekonomi dan pakar perniagaan akan terus berpolemik dan berusaha mempengaruhi pihak berkenaan supaya keputusan dibuat di mana mereka akan beroleh keuntungan. Sama ada harga naik atau turun, mereka hanya mahu menyedut keuntungannya saja.

Kenapa kita tidak bertanya kepada ahli ekonomi rakyat jelata dan pakar yang tidak mempunyai kepentingan apabila timbul persoalan harga barang hendak dinaikkan atau diturunkan? Kenapa kita tidak bertanya atau membuat penyiasatan terperinci tentang rantaian impak justeru satu kenaikan bahan api yang cukup berpengaruh ke atas semua barangan itu?

Aduhh. Pedihnya rakyat menghadapi transformasi kenaikan harga bertubi ini....

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

MB RASMI MUAFAKAT

Majlis Konvo PMC

Temuramah Homeopati

Isu Kartun Utusan

Murtad di Malaysia

Mengapa harus reaktif?

Piala FA Milik Terengganu

Kos Hidup Tinggi, Negara Berkebajikan

Isu Panas Khir Toyo

Konferens Internasional Homeopati

Juara Bina Badan

Harga Barang Naik Lagi

Tarif Naik Barang Naik

 

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 3 Jun. 2011