![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||
| LAMAN UTAMA |
BERSIH: MENGAPA HARUS REAKTIF? |
|||||||||||
|
12 Jun 2011 |
Jun |
|||||||||||
|
|
Rancangan perhimpunan BERSIH yang dirancangkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti pembangkang bukan sahaja mendapat reaksi negatif, malahan tentangan yang menunjukkan rasa takut dan bimbang. Hal sedemikian nampaknya berterusan sejak beberapa isu kebelakangan. Ini termasuk kes video, penarikan subsidi, hak bumiputra, siasatan kes bunuh (diri?) dari bangunan SPRM dan lain-lain. (Rasa takut dan bimbang ini tidak harus ada pada mereka yang berjiwa pemimpin, sama ada pihak kerajaan atau pembangkang). Kebiasaannya apabila sesuatu pihak berusaha melakukan sesuatu yang menuju ke arah kebaikan atau keadilan akan disokong. Setakat ini tujuan perhimpunan BERSIH seperti yang dirancang belum menunjukkan sebarang ciri negatif. Jika diambil dari kenyataan pihak berkenaan, tujuannya ialah sekadar untuk menuntut suatu proses pilihan raya bersih yang tidak dinodai oleh penyelewengan dan penipuan. Jika demikian halnya, kenapa penulis, pemimpin atau penguasa tertentu bersikap begitu reaktif. Kenapa harus ada nada kebimbangan yang disusuli dengan ugutan? . Nampaknya seperti pihak yang berkenaan tidak sempat mengambil masa untuk berfikir sebelum memberi sebarang jawapan yang rasional dan realistik serta bijaksana. Ini termasuk artikel Awang dalam Mingguan Malaysia yang dipetik semula oleh the Malaysian Insider. Hilang sudahkan budi dan telah habiskah bicara? Nenek moyang kita sendiri mengajar supaya api tidak dilawan dengan api. Tapi disejukkan dengan air Di dalam dunia yang semuanya terpapar dalam segenap media, berfikir sebelum mengeluarkan suara, bicara maupun tulisan adalah perlu. Kita percaya seseorang yang mempunyai visi dan bersikap positif tidak akan bertindak demikian. Kaedah proaktif dalam menyelesaikan isu diajar kepada anak bangsa dalam hampir setiap siri seminar, motivasi dan cara bekerja. Namun nampaknya tauladan yang ditunjukkan oleh pemimpin sangat berbeza. Apakah kita sudah ketandusan pemimpin bervisi, bijaksana dan positif terhadap masa depan?
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Kos Hidup Tinggi, Negara Berkebajikan Konferens Internasional Homeopati
|
||||||||||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 12 Jun. 2011