LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

KONFERENS INTERNASIONAL HOMEOPATI PERTAMA

9 Jun 2011

Jun

 

 

Pada bulan Julai 2011 nanti kita akan menyaksikan Malaysia menganjurkan Konferens Internasional Homeopati Pertama (The 1st International Conference on Homoeopathy). Konferens ini akan diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) bermula dari 15 hingga 17 Julai 2011.

Konferens julung-julung kali diadakan ini dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentary (Traditional and Complementary Medicine Division), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perubatan Homeopati Malaysia (Malaysian Homeopathy Medical Council).

Pembentang kertas kerja dan seminar dalam konferens ini terdiri daripada pakar-pakar homeopati dari dalam dan luar negara, termasuk juga wakil daripada WHO yang akan memperkatakan tentang kesihatan sejagat.

Antara mereka itu termasuklah Dr Peter Fisher (Faculty of Homeopathy London),  Dr Isaac Golden (Australasian College of Hahnemannian Homeopathy), Dr Gustavo Bracho (Head of the Homeopathy and Biotherapics Projects for the Carlos Finlay Institute of Cuba), Dr Ardavan (Physicians  in Homeopathy, Tehran) dan Dr Suriyakhatun Osman (Cyberjaya University College of Medical Science).

Salah satu topik daripada Dr. Kate Chatfield mungkin akan menarik perhatian apabila beliau membicarakan mengenai bukti-bukti keberkesanan homeopati dan apakah bukti-bukti itu boleh diterima oleh masyarakat perubatan moden yang menghendaki bukti saintifik dari perspektif doktor konvensional.

Pihak penganjur menggalakkan para pengamal homeopati menyertai konferens ini. Turut dijemput ialah ahli akademik, pelajar-pelajar, ahli kaji selidik, pengamal perubatan moden dan alternatif, usahawan, NGO-NGO, anggota sektor awam, para pelabur dan wakil-wakil dari hospital awam dan swasta. Orang ramai yang berminat ingin mengetahui dan mendalami ilmu juga dijemput hadir.

Tempalah sejarah kehidupan anda dengan turut serta meramaikan konferens ini. Sila hubungi sekretariat MPHM di talian: 010-4229906.

Untuk melihat intisari program, sila klik foto di bawah...

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

MB RASMI MUAFAKAT

Majlis Konvo PMC

Temuramah Homeopati

Isu Kartun Utusan

Murtad di Malaysia

Mengapa harus reaktif?

Piala FA Milik Terengganu

Kos Hidup Tinggi, Negara Berkebajikan

Isu Panas Khir Toyo

Konferens Internasional Homeopati

Juara Bina Badan

Harga Barang Naik Lagi

Tarif Naik Barang Naik

 

April

Seminar Roger Van Zandvoort

THE ABCs of REPERTORIZATION

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 6 Jun. 2011