LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

ISU PANAS KHIR TOYO LAGI?

10 Jun 2011

Jun

 

 

Kita masih belum habis bincang-bincang tentang kenaikan harga akibat kenaikan tarif elektrik dan ura-ura kenaikan harga minyak sekali lagi. Kenyataan Ani Arope yang keluar dalam media kerana tidak bersetuju dengan perjanjian berat sebelah Tenaga Nasional sudah tentu kembali panas. Kepanasan ini pastinya tidak akan reda selagi nilai pendapatan pengguna semakin kurang akibat inflasi yang tidak dapat dikawal dan disengajakan.

Namun dua tiga hari ini nampaknya isu perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor berkaitan kos ubah suai dan pembinaan landskap kediaman mewah Dr Mohamad Khir Toyo yang menelan belanja lebih RM6 juta menjadi topik yang amat diminati ramai. Ia dilaporkan oleh semua akhbar arus perdana, apa lagi akhbar-akhbar alternatif dan blog-blog dalam internet.

Di dalam Sinar Harian, umpamanya dilaporkan pada 9 Jun, "SHAH ALAM – Kos ubah suai dan pembinaan landskap kediaman mewah bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang berkonsepkan bali menelan belanja lebih RM6 juta.

Pereka laman, Nasir Ismail, 55, yang membuat pengubahsuaian itu dari asal berkonsepkan Asia Tropika berkata, bayaran kemudian dibuat kepadanya secara beransur sebanyak lima kali, tetapi dibayar dengan tunai kerana beliau muflis.

“Bayaran pertama saya terima pada Mac 2006, RM250,000 selepas dapat arahan daripada Mohamad Khir.

“Wang itu saya guna untuk beli barang pengubahsuaian di Indonesia,” katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes seleweng kuasa Mohamad Khir di Mahkamah Tinggi, semalam.

Nasir berkata, bayaran seterusnya setengah juta secara tunai sebanyak empat atau lima kali diterimanya daripada Pengarah Ditimas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni kemudian Mohamad Khir meneruskan bayaran wang tunai kira-kira RM4 juta secara ansuran kepadanya.
"

Berita ini panas dan cukup besar sehingga beautifulnara.com yang selalu memaparkan gosip artis sahaja telah buat sekian kalinya memasukkan laporan tentang kemewahan banglo milik bekas MB Selangor ini. Bahkan dengan memuatkan gambar-gambar banglo mewah dan landskap citarasa Indo itu, ia berjaya menunjukkan betapa glamornya isu ini. Bak artis yang digosipkan.

Antara komen Bang Nara, "Minggu nie kecoh dengan gambar rumah bungalow Khir Toyo yang berharga RM24 juta. Rumah berharga RM24 juta memang tak logik dimiliki oleh bekas Menteri Besar Selangor nie. Setakat gaji MB Selangor, berapa puluh ribulah sangat untuk dapat loan bank sampai 24 juta. Tak gitu?"

Di sini kami petik tiga keping gambar yang dikutip dari laman beautifulnara.com yang mungkin susah kedapatan dari blog lain.

   
         

Isu ini timbul justeru kenyataan saksi di dalam perbicaraan. Tentunya implikasi politik dan pandangan orang ramai terhadap pembesar atau ahli politik (selaku pemimpin) juga tenat. Apa lagi di saat-saat rakyat menghadapi tekanan dan kegetiran hidup akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Dan harus diingat, mungkin sebahagian besar daripada kita belum mendapat bil pertama selepas kenaikan tarif elektrik pada 1 Jun lalu. Sesiapa yang bil bulanannya melebihi RM77 akan melihat impaknya. Mereka yang mendiami banglo atau yang memakai sekurang-kurangnya sebuah air-cond di rumah sudah pasti terasa kesannya.

Justeru, siapa kata ia tidak memberi kesan kepada majoriti rakyat Malaysia. Malahan semua sudah merasainya bila membeli barangan, perkhidmatan atau makan di restoran-restoran tertentu.

Akhirnya, seperti luahan teman-teman, bilakah kita akan mengalami transformasi ke arah berpendapatan tinggi (yang sebenarnya) atau "suasana rakyat didahulukan"...

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Majlis Konvo PMC

Temuramah Homeopati

Isu Kartun Utusan

Murtad di Malaysia

Mengapa harus reaktif?

Piala FA Milik Terengganu

Kos Hidup Tinggi, Negara Berkebajikan

Isu Panas Khir Toyo

Konferens Internasional Homeopati

Juara Bina Badan

Harga Barang Naik Lagi

Tarif Naik Barang Naik

 

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 10 Jun. 2011