![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||
| LAMAN UTAMA |
KOS HIDUP TINGGI, KITA TENTANG PEJUANG KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN... Apa Hal? |
|||||||||||
|
11 Jun 2011 |
Jun |
|||||||||||
|
|
Pasti kita sudah tidak terkejut lagi apabila the Malaysian Insider melaporkan betapa kenaikan ringgit dan inflasi melonjakkan Kuala Lumpur sebagai bandar yang ke 33 mahal (untuk berbelanja atau diduduki) di Asia tahun ini. Kajian ini dikatakan dibuat oleh firma ECA International. Dikatakan juga Johor Baru berada di kedudukan ke 37 dan ke 40 ialah George Town. Meskipun kita berada di belakang Singapura dan beberapa bandar lain, elok jugalah kita lihat-lihat dan banding-bandingkan kos hidup hari ini dengan semalam atau setahun sebelumnya. Kenapa kita tidak berbuat sesuatu mengenainya selain bercakaran sesama sendiri. Mengapa kita tidak mencari formula lain selain menaikkan harga bahan-bahan keperluan harian (elektrik dan gas) dan memotong subsidi. Mengapa kita tidak berusaha mengurangkan rasuah ataupun menambah sikit cukai korporat. Cukai progresif dan cukai korporat akan secara langsung mengambil peratusan keuntungan para korporat (yang hampir setiap tahun peratusannya dikurangkan dalam bajet) sedangkan kenaikan harga barang sudah pasti menjejaskan majoriti rakyat, terutama golongan pertengahan. Kita bukan pakar ekonomi dan tidak mahir sangat dalam memperkatakan isu. Tetapi cakap-cakap mereka yang sedikit pandai ini kadang-kadang wajar didengar. Dan dari facebook, Hassan Hayastani ada komen berikut pasal masalah yang membebani rakyat ini sebagai...
Inilah yang menghairankan kita. (Tetapi apakah sebenarnya yang nak dihairankan?) Seperti bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrisi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan. Seterusnya dilaporkan di dalam Yahoo News dan Malaysian Insider:
“Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam. “Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider. “Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada Umno... patut Umno alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS,” kata beliau. Tenaga akademik ini mengulas perkembangan kritikan ke atas PAS sejak pada Jumaat lalu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan." Dan akhirnya, bagi mendiamkan isu, PM mengeluarkan kenyataan "Jangan tiru negara berkebajikan BN". Itu merupakan perjuangan lama BN. Begitulah akhbar arus perdana mula melaporkan pada hari berikutnya (Sabtu). Tetapi apakah hari ini pelan transformasi merangkumkan di dalamnya matlamat negara berkebajikan? Sekarang kita mungkin ingin bertanya apakah bentuk transformasi seterusnya akan berjaya membawa kita semua ke arah berpendapatan tinggi (tetapi kosnya kekal - atau dalam ertikata lain lebih banyak barang dan perkhidmatan dapat dibeli). Bila lagi " rakyat didahulukan" menjadi benar-benar praktikal? Apapun, kita sebagai rakyat masih memberi impian positif bahawa kerajaan bakal memikirkannya dan meletakkan haluannya ke arah kebajikan rakyat. Jika tidak....kita semua tahu tentang kemungkinan-kemungkinan yang dibimbangi ramai.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Kos Hidup Tinggi, Negara Berkebajikan Konferens Internasional Homeopati
|
||||||||||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 11 Jun. 2011