LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

STATISTIK MURTAD DI MALAYSIA

14 Jun 2011

Jun

 

 

Seramai 686 permohonan telah diajukan ke Mahkamah Syariah bagi tujuan untuk menukar agama daripada agama Islam ke agama lain dibuat dalam tempoh 10 tahun, iaitu dari tahun 2000 hingga 2010. Demikian dinyatakan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Sementara itu hanya 135 orang telah diberi kebenaran oleh Kerajaan Persekutuan.

Statistik mengikut negeri pula menunjukkan bahawa Sabah mencatat jumlah murtad paling ramai iaitu 237 kes dan 67 diberi izin; Negeri sembilan 172 kes, diizin 33 orang; Wilayah Persekutuan 56, diizin 10; dan Pulau Pinang 36 kes dengan hanya seorang dibenarkan.

Sarawak dan Terengganu pula mencatat kes murtad paling rendah di mana di mana hanya 1 kes dilaporkan. Sedangkan Kelantan tidak menerima sebarang permohonan menukar agama. Demikian statistik seperti dilaporkan dalam artikel Bahasa Inggeris di The Malaysian Insider pada hari ini.

Dalam menghadapi situasi yang tidak diingini ini, Dato Seri Jamil Khir berkata,  “Bagi menangani isu murtad ini, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa mengadakan program-program dan aktiviti-aktiviti untuk mengelakkan daripada insiden ini berlaku, khususnya di kalangan saudara baru."

"Antara  program-program yang ditawarkan itu termasuk khidmat kaunseling, kelas-kelas agama dan bantuan Baitulmal.

Jawapan ini telah dikemukakan secara bertulis kepada  Er Teck Hwa (wakil Bakri-DAP) pada hari ini.

Kita berharap perkara seperti ini dapat dikurangkan justeru seseorang yang telah menganut agama Islam tidak dibenarkan meninggalkan agamanya walau dalam apa keadaan sekalipun. Usaha yang bersungguh-sungguh harus dibuat bagi mengatasi masalah serupa ini.

 

         
         

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

MB RASMI MUAFAKAT

Majlis Konvo PMC

Temuramah Homeopati

Isu Kartun Utusan

Murtad di Malaysia

Mengapa harus reaktif?

Piala FA Milik Terengganu

Kos Hidup Tinggi, Negara Berkebajikan

Isu Panas Khir Toyo

Konferens Internasional Homeopati

Juara Bina Badan

Harga Barang Naik Lagi

Tarif Naik Barang Naik

 

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 14 Jun. 2011