LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

PIALA FA MILIK TERENGGANU

11 Jun 2011

Jun

 

 

Kuala Lumpur. Piala FA yang baru saja berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil berakhir dengan Terengganu  menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir. Dengan itu juga bermakna Kelantan gagal menjuarai Piala FA meskipun mereka hadir dengan begitu positif selepas berjaya mengalahkan Terengganu dalam Liga Super minggu lalu.

Meskipun Kelantan mendahului Terengganu menerusi gol Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79, tetapi dalam tempoh cuba melengah-lengahkan masa, Mohd Daudsu Jamaluddin telah menanduk sendiri dengan tidak sengaja ke dalam gol Kelantan sewaktu cuba menyelamatkan bola yang datang daripada serangan pasukan Terengganu.

Keadaan masa kecederaan yang seri 1-1 berlanjutan ke masa tambahan 30 minit di mana kita dapati asakan dari pasukan Terengganu lebih kencang. Terengganu memperoleh kemenangan selepas gol seterusnya berjaya dijaringkan oleh Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109.

Meskipun pada peringkat awal nampaknya taktik M Karathu berjaya membawa kejayaan kepada pasukan Kelantan, tetapi dengan taktik yang tidak diperbaharui dalam menghadapi serangan dari pasukan Terengganu yang lebih tersusun menyebabkan Kelantan tewas dan pasukan Red Warrior serta penyokongnya pulang dengan kempunan lagi.

         
         

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

MB RASMI MUAFAKAT

Majlis Konvo PMC

Temuramah Homeopati

Isu Kartun Utusan

Murtad di Malaysia

Mengapa harus reaktif?

Piala FA Milik Terengganu

Kos Hidup Tinggi, Negara Berkebajikan

Isu Panas Khir Toyo

Konferens Internasional Homeopati

Juara Bina Badan

Harga Barang Naik Lagi

Tarif Naik Barang Naik

 

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 11 Jun. 2011