![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
BAHASA MALAYSIA TIDAK DITUTURKAN SEMUA KAUM |
|
|
14 Mei 2011 |
Mei |
|
|
|
Daripada 75 orang responden yang faham Bahasa Malaysia (BM), 21 peratus (16) merasakan mengetahui atau mengguna Bahasa Malaysia tidak begitu penting berbanding mengetahui bahasa dialek sendiri atau bahasa Mandarin. Kira-kira 37 peratus (28) daripada mereka yang ditinjau pendapat mereka menggunakan BM kurang dari lima kali sehari, sementara 20 orang daripada mereka mengatakan mereka tidak perlu menggunakannya sama sekali atau kurang daripada tiga kali. Keputusan itu menyarankan bahawa apa yang berlaku dalam komuniti masyarakat China ialah terdapat sekumpulan individu yang berinteraksi hanya di kalangan rakan-rakan atau keluarga yang bercakap dialek sendiri atau bahasa Mandarin sahaja. Justeru, tidak hairanlah apabila tinjauan yang dibuat oleh NUTP (National Union of the Teaching Profession) suatu waktu dahulu mendapati bahawa satu daripada setiap 4 murid China yang memasuki sekolah kebangsaan akan tercicir.
Mengikut pakar sejarah Malaysia, Prof Tan Sri Khoo Kay Kim, setiap komuniti etnik telah berkembang seperti ini kerana mereka telah diajar untuk mengutamakan kumpulan kaum terlebih dahulu, kemudian baru negara-bangsa. "Kita selalu menjadi orang yang hidup berasingan daripada orang lain. Bahkan penduduk Indonesia yang awal seperti Minang, Banjar, Jawa, hidup dalam koloni mereka terlebih dahulu. Mereka tidak secara automatik menjadi "Melayu". Sekiranya keadaan inilah yang berlaku selepas 54 tahun merdeka. Mungkin keadaan ini akan terus berkekalan. Dan sama ada kaum itu China, India atau lain-lain, mereka akan belajar dan bercakap BM apabila mereka merasakan bahasa ini perlu dan penting. Umpamanya mereka yang merasakan bahawa BM ini penting untuk melaris atau memakmurkan perniagaan mereka atau untuk tujuan komunikasi harian mereka. Oleh kerana terdapat sikap positif kaum dewasa China yang ditemubual terhadap BM, kita mengharapkan mereka mempunyai rasa dan sikap kebersamaan dengan negara Malaysia dan kaum lain dalam negara Malaysia. Tetapi mereka yang mahir dan merasa positif ini juga harus bekerjasama membawa mereka yang terpisah supaya turut sama dalam kebersamaan ini. Justeru inilah yang berlaku dalam masyarakat China Kelantan yang mahir dengan dialek Melayu Kelate. Mereka merasa sebahagian daripada masyarakat negeri itu dan begitulah juga perasaan rakyat Kelantan terhadap mereka. - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
|
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 28 Mei 2011