LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

KURSUS BTN PELAJAR TAJAAN POSITIF ?

28 Mei 2011

Mei

 

 

Nampaknya pandangan pelajar yang akan ke luar negara tentang BTN tahun ini agak positif. Kebanyakan mereka memandang baik program Biro Tata Negara (BTN) yang mesti dihadiri sebelum berangkat ke luar negara.

Dari reaksi dan pendapat pelajar-pelajar, mereka melihat sebahagian besar program di dalamnya telahpun dilalui semasa mereka mengikuti program dua tahun pengajian di kolej-kolej tempatan. Namun program itu diperbanyakkan, dipadatkan dan disusun sebegitu rupa yang menyebabkan mereka tidak jemu melalui semua itu.

Seorang daripada pelajar, sdri Ain Ariffin menyatakan, "Dalam BTN selama seminggu ini kami tidak dibenarkan menyimpan handfon, apa lagi komputer. Ini menyebabkan kami terputus hubungan dengan informasi dan dunia luar. Kami seolah-olah hilang tempat berpaut."

Tambahnya lagi, "Sekarang saya sedar, generasi kami kebanyakannya terlalu bergantung kepada gajet ini. Kerana terpukau dengan gajet ini, mungkin ia menjadi punca kenapa sepanjang kami berada di kolej, kami selalu tidak memberi perhatian kepada guru. Malah nampak sangat ramai daripada kami seolah-olah tidak menghormati guru ketika mereka mengajar di dalam kelas."

"Tetapi sepanjang program BTN itu, amat jelas kini kami semua terpaksa bergantung kepada pengajar dan fasilitator. Sama ada unutk mendapat maklumat atau berita dari luar maupun ingin mengetahui sesuatu, kami hanya ada pengajar, fasee dan rakan-rakan kami. Justeru di sana cara bertutur dan hormat para pelajar sepanjang program berkenaan adalah berbeza sekali."

Demikian jelas Ain Ariffin yang sempat kami temubual sebaik sahaja beliau tiba dari mengikuti program BTN di Tg. Rhu, Sepang. Beliau yang merupakan pelajar jurusan perubatan tajaan MARA merupakan antara pelajar MARA yang dihantar ke tiga lokasi berbeza bagi program BTN sebelum ke luar negara. Pelajar JPA pula dikehendaki mengikuti program BTN di Kuantan, Pahang.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Tarif Naik Barang Naik

Daftar Asasi di UM

Kekurangan Guru di Bandar

Pandangan Tentang BTN

Prof Harus Berseminar

Artis Korea Bunuh Diri

Universiti Terbaik Asia

Malang Nasib Anak2 Madrasah At-Taqwa

Terima Kasih Cikgu PWTC

Ayahku Seorang Guru

Jangan Beri Majoriti

Bahasa Malaysia

Salih Kahwin

Kucing Kolej

IB EXAM KMB

Osama Laden

Musang di Kolej

Santai Di Gold Coast

Harapan Hari Pekerja

Ombak Rindu

CD MP Dan Sumpah

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 28 Mei 2011