![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
TARIF NAIK BARANG LAIN BAKAL NAIK ? |
|
|
31 Mei 2011 |
Mei |
|
|
|
Dilaporkan di dalam akhbar arus perdana dan the Malaysian Insider pada hari sebelumnya, pentadbiran Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik purata 7.1 peratus yang dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2011. Bagaimanapun penganalisis berkata sebarang kemungkinan kenaikan harga bahan api masih sedang diteliti. “Kenaikan tarif elektrik adalah balon ujian politik bagi Najib untuk mengukur rasa tidak puas hati orang ramai sebelum beliau memutuskan kenaikan harga bahan api,” kata Bridget Welsh, seorang pakar tentang Malaysia di Singapore Management University. Suatu kesan yang nyata akibat keputusan Malaysia menaikkan tarif elektrik dan juga kemungkinan harga minyak ekoran perubahan harga peringkat global ialah kemungkinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil pilihan raya umum awal menjadi sangat tipis. Ini adalah kerana kepimpinannya perlu menangani rasa tidak puas hati terlebih dahulu. Rasa tidak puas hati ini pasti besar kerana impak utama daripada kenaikan dua bahan di atas ialah harga barang-barang lain tidak dapat ditahan daripada terus melonjak. Lonjakan harga barang-barang lain menyebabkan kos hidup meningkat. Tetapi lebih teruk lagi ialah bila harga barang-barang lain dinaikkan dengan kemungkinan tipis untuk harganya turun kembali. Kita telah saksikan selalunya kenaikan minyak pada peringkat global bergantung kepada keadaan politik dan ekonomi dunia. Bila senario bertukar dan politik stabil harga minyak dunia kembali ke paras asal atau hampir sama dengan harga sebelumnya. Namun harga barang-barang seperti gula, beras, susu, gas, tambang, atau apa saja barangan dan perkhidmatan selain daripada minyak mempunyai risiko yang besar tidak kembali pada parasnya yang normal. Apakah ertinya nanti bagi negara berpendapatan tinggi (harapan dan visi negara) jika kos sara hidupnya meningkat lebih tinggi lagi? Apakah makna transformasi yang diuar-uarkan bisa membantu negara dan rakyat yang didahulukan.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
|
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 31 Mei. 2011