![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
||||||||||||||||
| LAMAN UTAMA |
GOLD COAST SEPANG |
||||||||||||||||
|
2 Mei 2011 (Isnin/Monday) |
Mei |
||||||||||||||||
|
|
Bagi kami, kali ini kami memilih untuk pergi bersantai dan menenangkan fikiran ke Gold Coast, Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Tempat ini menjadi promosi pelancongan kerana kawasan pantainya yang cantik. Seperti Pantai Morib, pantai ini menghala pemandangan yang luas jauh ke lautan Selat Melaka. Namun kawasan pantainya yang memanjang dengan kedalaman airnya jauh lebih baik dan menarik pelancong bersantai berbanding pantai tradisi Morib.
Di sini, pusat penginapan eksklusif peringkat antarabangsa menjadi tarikan pelancong. Pusat yang dikenali sebagai Golden Palm Tree Water Villas berjaya menarik pelancong dalam dan luar negara kerana reka bentuknya yang unik, iaitu direka seumpama pokok dan daun kelapa sawit. Selain Golden Palm Tree Water Vill, pelancong juga boleh menginap di hotel berdekatan yang sudah lama dibina di situ, iaitu Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang. Jaraknya tidak sampai 3 km dari resort yang menjadi tarikan ramai itu Sewaktu kami ke sana, tumpuan pelancong bukan sahaja terhadap bermain di pesisiran pantainya yang dilitupi pepasir yang halus putih dan bermandi-manda, tetapi di sana juga terdapat aktiviti bermain layar. Ramai juga kanak-kanak yang bermain layang-layang kerana keadaan anginnya yang bertiup sederhana kencang. Sewaktu kami pulang, kami dapati terdapat satu kawasan di mana pelancong yang berminat boleh menunggang kuda dengan bayaran yang minimum. Untuk sampai ke sana, anda hanya perlu membawa kereta lebih kurang 35km dari exit KLIA. Masuk simpang kiri dari jalan ke LCCT, sampai di simpang tiga, anda belok ke kanan (ke kiri pergi ke Port Dickson) hingga ke bandar Sg. Pelek. Pantai Bagan Lalang hanyalah kira-kira 8 km dari bandar Sg. Pelek.
Rujukan: - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
||||||||||||||||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 28 Mei 2011