![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
HARAPAN HARI PEKERJA |
|
|
2 Mei 2011 (Isnin/Monday) |
Mei |
|
|
|
Datuk Dr S. Subramaniam berkata, Kementerian Sumber Manusia akan membentangkan Akta Majlis Konsultasi Gaji Minimum Negara pada sesi Parlimen akan datang. Apabila dipersetujui dan diluluskan, Majlis itu boleh membuat penyelarasan berhubung gaji minimum untuk sektor swasta mengikut peruntukan undang-undang. Itulah jawapan beliau ketika diminta mengulas mengenai cadangan gaji minimum sektor swasta. Setakat ini itulah janji terbaik sempena sambutan Hari Pekerja Cuepacs peringkat kebangsaan yang di adakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Selain itu, kerajaan dijangka melaksanakan sistem penilaian baru terhadap penjawat awam menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa Julai ini. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman dilaporkan berkata, sistem baru ini akan menilai tahap kompetensi golongan itu berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku mereka dalam pekerjaan.“ Pada 2 Mei ini, Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) dan CUEPACS akan membuat persidangan bagi membentangkan beberapa cadangan terhadap penambahbaikan sistem penilaian baru itu,” katanya lagi. (laporan: http://cuepacs.blogspot.com/) Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran sempena ulang tahun ke-50 penubuhan Kesatuan Inspektor Kesihatan Malaysia di sini pada 30 April 2011. Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa 1 Januari lalu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober tahun lalu. Menurut Omar, sistem penilaian baru itu akan melihat tahap keupayaan kerja bagi tujuan kenaikan pangkat berbanding hanya bergantung kepada keputusan peperiksaan PTK sebelum ini. Dalam situasi sambutan Hari Pekerja tahun ini, nampaknya tidak ada respons positif daripada pihak kerajaan terhadap beberapa tuntutan lain yang telah dibuat termasuk cadangan pekerja sektor swasta diberikan elaun sara hidup (COLA) RM300 sebulan berikutan kenaikan harga barangan. Antara cadangan dan harapan CUEPACS sebelum ini termasuk juga kenaikan imbuhan tetap perumahan daripada RM180 kepada RM300, jawatan Gred 1 hingga 16 dimansuhkan dan pekerjanya dinaik taraf ke Gred 17 dan diselaraskan kadar COLA kakitangan awam. Pada 24 Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) juga ada mencadangkan Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan dalam kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM), supaya penjawat awam lebih produktif dalam menunaikan tugas mereka. Inipun kita belum mendengar sebarang respons daripada pihak kerajaan. Bersama dengan cadangan itu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman juga pernah mencadangkan kepada kerajaan agar kenaikan pangkat dan gaji penjawat awam mengambil kira penglibatan mereka dalam aktiviti luar seperti kesukarelaan, kemasyarakatan dan sukan. Sehingga 1 Mei semalam, isu ini juga tidak dibangkitkan semula. Ini menjadikan Hari Pekerja tahun ini sedikit lesu. Sementara itu dilaporkan Hari Pekerja tercemar dengan 'Demo Hari Pekerja di Maju Junction KL'. Dalam demo perhimpunan sempena hari buruh 1 Mei itu, sekurang-kurangnya dua orang sudah ditahan. Seorang daripadanya ialah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam. Mengikut laporan blog internet: Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Siput, Dr Jeyakumar dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Arul adalah antara yang ditahan. Pada 1 Mei semalam stesen TV RTM atau TV3 turut melaporkan insiden yang mencemarkan sambutan Hari Pekerja tahun ini. Kami difahamkan demo itu dirancangkan untuk memprotes kenaikan harga barang dan menuntut gaji minimum swasta dilaksanakan. Sekian sekitar Hari Pekerja 2011.
Rujukan: http://suaram.net/2011/04/may-day-2011-pekerja-menuntut-akta-gaji-minima/ http://mimpi-senja.blogspot.co, http://pustakaalkhairy.blogspot.co. - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
|
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 19 April. 2011