LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

KEKURANGAN GURU DI BANDAR ?

28 Mei 2011

Mei

 

Yahoo Malaysia telah memetik laporan Zulaikha Zulkifli di dalam The Malaysian Insider mengenai masalah kekurangan guru di ibu kota. Dalam keadaan guru-guru selalunya dihubungkan dengan keengganan berkhidmat jauh terutama di kawasan luar bandar, kini kita dibawa kepada masalah guru juga seakan-akan cuba mengelak dari mengajar di bandar besar. Mengapa?
Laporan pada 27 Mei itu dipetik sebagai berkata, "Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja mengakui Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhadapan dengan masalah guru, antara lain disebabkan sesetengah guru memutuskan untuk meninggalkan ibu negara disebabkan kos hidup yang tinggi."

Dan kata jurucakap itu lagi, "..masalah itu yang disebabkan kos hidup tinggi bukan sahaja disaksikan di ibu negara, tetapi juga di Johor Bahru dan Pulau Pinang."

Ini semua berlaku terutamanya disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi kerana mereka perlu membayar sewa rumah dan dan pelbagai kos lain yang terlibat dengan urusan di bandar besar. Demikian antara lain yang disebut oleh Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd Arshad kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, walaupun guru turut menerima Elaun Kos Sara Diri (COLA), antara RM200 hingga RM300 sebulan bergantung pada kelayakan, ia masih tidak mampu untuk menampung kos hidup di bandar.

Kata Mohamed Sabri “Perkara ini serius kerana bila ada cikgu yang tak berminat untuk mengajar di bandar, ia akan menyebabkan kekurangan guru dan ia memberi beban kepada guru lain kerana perlu menampung kelas yang tiada guru,” katanya.

Beliau turut menyarankan beberapa tindakan yang munasabah diambil, seperti:

- elaun  diberi kepada guru-guru yang mengajar di kawasan kritikal.

- kerajaan harus mempunyai dan melaksanakan perancangan untuk membendung perkara itu. Umpamanya dengan cara : membuat rumah guru dalam kawasan sekolah untuk menarik minat guru-guru ini mengajar

- atau tambah elaun khas untuk guru di bandar.

Rujukan:

http://my.news.yahoo.com/kesatuan-akui-kos-hidup-tinggi-antara-punca-masalah-002710664.html

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Tarif Naik Barang Naik

Daftar Asasi di UM

Kekurangan Guru di Bandar

Pandangan Tentang BTN

Prof Harus Berseminar

Artis Korea Bunuh Diri

Universiti Terbaik Asia

Malang Nasib Anak2 Madrasah At-Taqwa

Terima Kasih Cikgu PWTC

Ayahku Seorang Guru

Jangan Beri Majoriti

Bahasa Malaysia

Salih Kahwin

Kucing Kolej

IB EXAM KMB

Osama Laden

Musang di Kolej

Santai Di Gold Coast

Harapan Hari Pekerja

Ombak Rindu

CD MP Dan Sumpah

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 28 Mei. 2011